awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak umum bonus Aidilfitri, Gawai RM500 kepada penjawat awam

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2022
08:56 MYT
Sarawak umum bonus Aidilfitri, Gawai RM500 kepada penjawat awam
Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, bantuan khas tersebut akan dibayar pada bulan April iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak. - Gambar hiasan
KUCHING: Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak Tahun 2022 sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak.
Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, bantuan khas tersebut akan dibayar pada bulan April iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak.
"Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.
"Kerajaan juga berharap pemberian Bantuan Khas Aidil Fitri dan Gawai Tahun 2022 ini dapat meringankan beban kewangan bagi para penjawat awam Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," kata kenyataan itu.
Semalam, Kerajaan Pusat turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bantuan khas sebanyak RM250 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.
Topic Berkaitan
#Bonus Sarawak
#Bonus Aidilfitri
#Bonus Gawai Dayak
#Premier Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan