KUALA LUMPUR:Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyarankan pihak klinik dan hospital supaya mengenakan caj perkhidmatan minimum kepada majikan yang berhasrat membuat ujian saringan COVID-19 bagi pekerja asing mereka.
Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan Perkeso, Dr Azlan Darus berkata pihaknya hanya membiayai pembelian kit saringan, manakala caj perkhidmatan ditentukan sendiri oleh pihak klinik serta hospital.
"....Perkeso menyarankan agar pihak klinik dan hospital dapat mengenakan kos yang minimum kepada majikan, kerana ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial mereka bagi mengekang penularan wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bernama sebelum ini melaporkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan Program Saringan COVID-19 Bagi Pekerja Asing secara bersasar berdasarkan lokaliti zon merah yang mempunyai kepadatan pekerja asing yang tinggi, bermula 1 Dis lepas (Selasa).
Dr Azlan berkata susulan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Nov lepas, Perkeso hanya akan membiayai pembelian kit saringan RTK-Antigen dan tidak lagi menyediakan subsidi saringan ataupun menerima tuntutan bayaran daripada majikan, klinik mahupun hospital dalam program saringan pekerja asing itu.
Katanya bagi memastikan kos ujian saringan dapat dikurangkan, Perkeso telah mendapatkan bekalan kit saringan terus daripada pembekal dan mengedarkannya kepada klinik serta hospital yang menyertai program berkenaan.
"Ujian saringan yang dijalankan dengan kolaborasi bersama klinik dan hospital ini juga diharap boleh mengurangkan kos ujian saringan yang perlu ditanggung oleh pihak majikan," katanya.
Selain itu, Dr Azlan berkata Perkeso juga mengalu-alukan penyertaan daripada semua kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk mengambil bahagian dalam program saringan COVID-19 bagi pekerja asing ini.
"Bagi klinik atau hospital yang berminat, bolehlah mendaftar di sihat.perkeso.gov.my. Untuk pendaftaran yang berjaya, Perkeso akan membekalkan kit saringan dan seterusnya akan memantau proses pelaksanaan ujian saringan tersebut.
"Klinik dan hospital swasta yang mengambil bahagian perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kemeneterian Kesihatan bagi pelaksanaan ujian saringan RTK-Antigen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020

Dr Azlan berkata Perkeso juga mengalu-alukan penyertaan daripada semua kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk mengambil bahagian dalam program saringan COVID-19 bagi pekerja asing ini. - Gambar fail

COVID-19 | Tiada bukti penularan kes di New Zealand
Tiada sebarang bukti penularan COVID-19 susulan kes komuniti pertama yang dikesan pada Sabtu lalu selepas dua bulan tidak merekodkan sebarang kes positif.

PdPR | Program TV pendidikan mulai 27 Januari
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan slot program TV pendidikan akan disiarkan dalam program DidikTV@NTV7 mulai 27 Januari ini, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

10 Berita Pilihan - (26 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PdPR | Beri peluang pelajar, guru biasakan keadaan
Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Kurikulum dan Pengajaran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Fazilah Razali meminta agar semua pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar serta guru membiasakan pendekatan tersebut.

Vaksin | Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani dokumen Terms Sheet dengan dua syarikat pembekal vaksin untuk perolehan sebanyak 18.4 juta dos vaksin. Perolehan melibatkan Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. (PLS) dan Duopharma (M) Sdn. Bhd. itu akan meliputi 28.75 peratus dari populasi rakyat Malaysia.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/38631776961611677641288/1887331_8967789641611677752459_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (26 Januari 2021)

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

COVID-19: Thailand rekod peningkatan kes harian tertinggi setelah pengesanan kes aktif
Thailand merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 tertinggi sejak wabak itu menular di negara itu pada Januari tahun lepas.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

Tambahan slot program TV Pendidikan untuk calon SPM bermula esok - KPM
Bermula esok, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah slot program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

PKP 2.0: Tiada dwistandard, pejabat kementerian tidak boleh adakan mesyuarat bersemuka
Tidak ada mana-mana pihak termasuk kementerian yang terkecuali daripada larangan mengadakan mesyuarat bersemuka ketika pelaksanaan PKP.