KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 42 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM11,600, selama dua tahun mulai 2017.
Bagaimanapun, Abdul Ghafa Harun, 57, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang mengambil masa 30 minit untuk dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 2 Januari 2017 hingga 3 Disember 2019 melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank miliknya yang diketahuinya berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.
Bapa kepada tiga anak itu dituduh menerima suapan sebanyak RM600 daripada seorang lelaki sebanyak lapan kali, manakala bakinya didakwa diterima daripada seorang wanita dengan setiap transaksi melibatkan bayaran RM200.
Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nadzirah Zahari menawarkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, mengambil kira jumlah pertuduhan dan nilai yang terlibat.
Bagaimanapun, peguam Fakhrul Redha Paridul Adras yang mewakili Abdul Ghafa memohon jumlah itu dikurangkan atas faktor kesihatan anak guamnya yang menghidap penyakit jantung dan kencing manis.
"Tertuduh telah berkhidmat selama 38 tahun iaitu sejak berusia 19 tahun dan mempunyai rekod cemerlang termasuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 1999 dan 2015 selain turut menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara pada 2019 atas sumbangannya semasa situasi darurat.
"Anak guam saya kini bertugas di Unit Pameran IPK Pahang dengan pendapatan bersih RM2,000 sebulan dan telah dimaklumkan akan digantung tugas selepas ini dengan bayaran gaji dipotong separuh," katanya dan menambah tertuduh telah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan.
Ahmad Zamzani membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan serta syarat tambahan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Beliau kemudiannya menetapkan 9 Mac depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 2 Januari 2017 hingga 3 Disember 2019 melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun bank miliknya. - Sinar Harian
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.
Polis Kelantan kenal pasti penulis buat hantaran mengenai pedofilia di Tumpat
Polis telah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Tumpat.
Empat ditahan bergaduh di kasino, saki-baki terlibat diburu polis
Pihak polis menerima maklumat pergaduhan melibatkan lebih kurang 10 lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 50 tahun kira-kira 4 pagi.
Ejek-mengejek punca dua kumpulan pelajar gaduh
Perselisihan faham dan ejek mengejek melibatkan insiden lama dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga cedera dalam pergaduhan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini Jumaat lalu.
Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh ditahan polis
Berdasarkan video yang tular di media sosial, penahanan itu dilakukan sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.