awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarjan trafik disiasat, miliki wang tunai RM3,753 ketika SJR

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2024
10:10 MYT
Sarjan trafik disiasat, miliki wang tunai RM3,753 ketika SJR
Kesemua anggota yang terlibat dalam siasatan dikeluarkan dari pasukan penguat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Hussein)
PETALING JAYA: Seorang anggota polis berpangkat sarjan disiasat setelah didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,753 ketika terlibat dalam sekatan jalan raya (SJR) dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan sebelum itu dijalankan oleh pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di lokasi SJR berkenaan.
"Pemeriksaan dijalankan terhadap beberapa anggota trafik yang ketika itu sedang menjalankan tugas Op Alkohol kira-kira jam 2.30 pagi.
"Salah seorang anggota trafik terlibat didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,313 selain pemeriksaan dalam sebuah kenderaan menemui sejumlah wang tunai sebanyak RM440," katanya pada Ahad.
Beliau berkata, kertas siasatan tatatertib dibuka susulan kejadian itu.
"Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur perbuatan rasuah atau pelanggaran prosedur penugasan yang dijalankan.
"Kesemua anggota yang terlibat dalam siasatan ini akan dikeluarkan dari pasukan penguat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sekatan Jalan Raya
#Hussein Omar Khan
#JIPS
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan