KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan Sarjit Singh membayangkan skuad Speedy Tigers untuk Piala Sultan Azlan Shah bulan hadapan akan diterajui empat pemain senior.
Pemain tersebut ialah penjaga gol Muhammad Hafizuddin Othman, 32, pemain pertahanan Muhammad Marhan Jalil, 34, pemain tengah Mohd Fitri Saari, 31, dan Faizal Saari, 33, yang kesemuanya merupakan pemain berpengalaman skuad hoki lelaki negara.
Dua beradik Mohd Fitri dan Faisal yang kini bermain di Liga Hoki Bangladesh, akan menyertai latihan pasukan pada hujung bulan ini.
Sarjit, yang kini sedang membentuk semula pasukan sebagai persediaan untuk layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
"Saya berharap keempat-empat pemain ini, sudah tentu (jika) tahap kecergasan mereka baik dan mereka bebas daripada kecederaan. Kami akan membina satu pasukan dengan mereka, kerana pemain lain masih muda... diharapkan empat pemain ini akan dapat membimbing pemain muda.
"Namun, tiada mana-mana pemain yang tempatnya terjamin, kita mahu berikan kesemuanya peluang sama rata. Tetapi, sebagai pemain senior mereka kena bimbing pemain muda, dan kita akan nilai dari segi latihan," katanya kepada media ketika ditemui semasa sesi latihan di Stadium Hoki Nasional, di sini semalam.
Sarjit, 62, akan mengumumkan skuad ke Piala Sultan Azlan selepas perlawanan persahabatan menentang pasukan ke-10 dunia New Zealand pada 1 Mei di Ipoh, sebelum satu lagi perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan, pada keesokan harinya.
Beliau berkata pemain akan mempunyai kira-kira 35 ke 40 perlawanan bagi membuktikan kelayakan mereka dalam pasukan itu, tahun ini.
Selepas Piala Sultan Azlan yang menjadi ujian pertama Sarjit, Speedy Tigers akan menyertai kejohanan Piala Negara-negara di Poland dari 30 Mei hingga 1 Jun dan Piala Juara-juara Asia dari 8 hingga 17 Sept di Inner Monggolia, China.
"Bukan mudah untuk pemain berada dalam senarai 18 terakhir. Ia juga sukar buat jurulatih untuk memilih, kerana kumpulan ini terdiri daripada pemain muda, tetapi kita boleh mempunyai pilihan pemain untuk kejohanan-kejohanan ini," katanya.
Malaysia yang kini menduduki tangga ke-13, dunia akan memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan mereka di Ipoh berhadapan juara tiga kali Pakistan pada 4 Mei, diikuti perlawanan menentang Kanada (5 Mei) dan juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).
Mengikut format kejohanan, dua pasukan teratas selepas pusingan robin akan menentukan juara, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan menentukan pemenang pingat gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Sarjit ketika sesi taklimat latihan skuad hoki kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur, 16 Apr 2024. --fotoBERNAMA
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Pembaharuan cukai Malaysia bantu pacu inovasi, teknologi maju - BMI
Pembaharuan cukai menyeluruh itu bertujuan merangsang industri tempatan dan menyalurkan pelaburan ke dalam sektor utama, termasuk pembuatan maju.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Kesuma teroka kepakaran, teknologi dan kemahiran Jepun pertingkat keupayaan Perkeso
Kerjasama menerusi Perkeso dengan pelopor teknologi moden pemulihan anggota berpangkalan di Tsukuba, Cyberdyne Inc, memberi nilai tambah.
Penggiat semikonduktor sedia manfaatkan NSS bagi pertingkat kedudukan
Wong berkata NSS meningkatkan lagi rantaian nilai negara di peringkat global dan memacu teknologi pembungkusan, peralatan dan automasi maju.
Urbanisasi: Beri penekanan aspek pelaksanaan di peringkat PBT
Usaha tidak boleh terhenti di situ kerana banyak usaha perlu dilakukan khususnya di peringkat kerajaan tempatan.
Johari mulakan lawatan ke Jepun dengan mengunjungi entiti pertanian
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memulakan lawatan rasmi lima hari ke Jepun dengan melawat dua entiti berkaitan teknologi dan penyelidikan pertanian pada Isnin.
Malaysia negara paling disayangi di Asia
Malaysia menduduki tangga pertama dalam senarai 20 Negara Paling Disayangi di Asia oleh sebuah portal laman web kewangan, Insider Monkey yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).
Alat penyembut kabus bantu sejukkan suhu badan gajah
Sebuah pusat pemulihan gajah di selatan India, Tamil Nadu memasang alat penyembur kabus untuk memastikan gajah-gajah mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sejuk.
Krisis air berterusan, penduduk terpaksa berebut
Penduduk di beberapa bahagian New Delhi terpaksa beratur panjang untuk mengambil air dari tangki.
Masalah itu diperburukkan lagi apabila kadang kala, tangki air tidak sampai mengikuti jadual yang tetap sehinggakan tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain.
Masalah itu diperburukkan lagi apabila kadang kala, tangki air tidak sampai mengikuti jadual yang tetap sehinggakan tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain.
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Piala Sultan Azlan Shah: Jepun dan Pakistan kekal rekod tanpa kalah
Juara tiga kali Pakistan terselamat apabila seri 1-1 dengan pasukan di kedudukan ke-10 dunia, New Zealand.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2
Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30, malam ini.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.