Kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan air bagi setiap rakyat Malaysia kepada 180 liter sehari menjelang 2025, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata ini kerana penggunaan air sebanyak 219 liter sehari bagi setiap orang pada masa kini adalah tinggi berbanding kadar yang sepatutnya iaitu 160 liter sehari.
"Isu kesedaran rakyat memainkan peranan penting dalam mengurangkan penggunaan air kerana mereka (rakyat) ketika ini rasa mewah dengan sumber air yang banyak," katanya ketika menggulung perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.
Menjawab pencelahan Datuk Dr Xavier Jayakumar (PH-Kuala Langat) yang mencadangkan kerajaan menyemak semula kadar tarif air kerana didakwa rendah ,Tuan Ibrahim berkata kerajaan tidak bercadang melaksanakan perkara itu dengan mengambil kira bebanan rakyat yang sedang mengalami kesusahan akibat penularan COVID-19.
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Julai lalu memutuskan untuk membatalkan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Jerebu Merentas Sempadan selepas mengambil kira pengalaman Singapura dan maklum balas pakar perundangan termasuk Jabatan Peguam Negara.
"Undang-undang yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, tindakan hanya dapat diambil terhadap syarikat milik atau berkaitan Malaysia yang beroperasi di luar negara sekiranya bukti jelas daripada negara yang menjadi punca jerebu merentas sempadan diperoleh.
"Bukti seperti maklumat pemilik tanah, peta dan koordinat lokasi aktiviti pembakaran hutan atau tanah tidak akan dikongsikan oleh negara punca jerebu dengan negara lain memandangkan ia mempunyai implikasi kepada keselamatan dan kedaulatan negara terbabit," katanya.
Malah, katanya, kerajaan juga tidak mahu akta tersebut bersifat kosmetik sahaja tanpa mempunyai sebarang upaya untuk menangani masalah jerebu dan percaya jalan lebih baik adalah bekerjasama dengan semua negara anggota ASEAN untuk menangani masalah itu secara bersama.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 03 2020
Tuan Ibrahim berkata penggunaan air sebanyak 219 liter sehari bagi setiap orang pada masa kini adalah tinggi. - Astro AWANI/Shahir Omar
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.