awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu aerotrain KLIA dijangka beroperasi tahun depan - Loke

Bernama
Bernama
14/06/2023
06:20 MYT
Satu aerotrain KLIA dijangka beroperasi tahun depan - Loke
Loke berkata kementerian telah mengarahkan MAHB untuk memastikan kerja-kerja menaik taraf sistem serta membina aerotrain yang baharu itu siap mengikut jadual atau lebih awal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Satu daripada dua perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dijangka beroperasi tahun depan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementerian telah mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memastikan kerja-kerja menaik taraf sistem serta membina aerotrain yang baharu itu siap mengikut jadual atau lebih awal.
"Tren ini mengalami 'end of life', sudah berkhidmat 25 tahun. Keputusan untuk menggantikan tren ini sepatutnya dilaksanakan lebih awal, namun atas kelewatan membuat keputusan tersebut menyebabkan kita terpaksa hentikan perkhidmatannya.
"Perkara ini kita tahu memang memberi imej buruk kepada negara kerana ia merupakan pintu masuk negara dan saya telah memberi tekanan kepada MAHB supaya ia dilaksanakan mengikut jadual dan mesti diawalkan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat Hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung langkah kerajaan dalam mengatasi masalah perkhidmatan aerotrain di KLIA yang memberi impak terhadap proses ketibaan pelancong.
Topic Berkaitan
#aerotrain
#KLIA
#status perkhidmatan
#punca aerotrain tidak beroperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan