awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu kes Mpox dikesan dalam negara

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2025
12:40 MYT
Satu kes Mpox dikesan dalam negara
KKM memaklumkan sebanyak sembilan kes dilaporkan pada tahun 2023, dua kes pada tahun 2024 dan satu kes bagi tahun 2025. - Gambar fail/Fred Hutch Cancer Center/Reuters
KUALA LUMPUR: Satu kes baharu jangkitan Mpox dikesan dalam negara menjadikan kes keseluruhan kini 12 kes sejak kali terakhir dilaporkan pada Julai 2023.
Dalam satu kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), kes baharu ini melibatkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari.
"Pesakit telah mendapatkan rawatan pada 10 Januari 2025, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital," jelas kenyataan itu.
KKM turut memaklumkan sebanyak sembilan kes dilaporkan pada tahun 2023, dua kes pada tahun 2024 dan satu kes bagi tahun 2025.
Tambah kenyataan itu, kesemua kes yang dilaporkan itu diklasifikasikan sebagai Clade II
KKM dalam masa sama memaklumkan akan terus memantau situasi Mpox di dalam dan luar negara dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan rasmi dari saluran yang sahih menerusi akaun media sosial KKM," jelas kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#media sosial
#mpox
#stabil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan