awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu lagi kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat - Dr Noor Hisham

Bernama
Bernama
22/07/2021
14:25 MYT
Satu lagi kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat - Dr Noor Hisham
Satu lagi kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk dijual bagi kegunaan orang awam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Satu lagi kit ujian kendiri COVID-19 diberi kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk dijual bagi kegunaan orang awam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook hari ini, berkata kit berkenaan ialah Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co.,Ltd.
Sementara itu, menurut portal MDA, kit itu boleh didapati farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan swasta.
"Penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 ini adalah terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua keputusan ujian memerlukan pengesahan lanjut menggunakan RT-PCR," menurut MDA.
BACA: Dua kit ujian kendiri COVID-19 dapat kelulusan bersyarat - KKM
Sebelum ini, MDA memberikan kelulusan bersyarat kepada dua kit iaitu 'Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19' buatan syarikat tempatan, Reszon Diagnostics International Sdn Bhd dan satu lagi kit kegunaan rumah, Gmate(R) COVID-19 buatan Korea Selatan, yang diberi kelulusan, kepada Citymedic Sdn Bhd.
Senarai itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kit ujian
#COVID-19
#MDA
#Kementerian Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Beright COVID-19 Antigen Rapid Test Device
#Oral Fluid
#Hangzhou Alltest Biotech
#rT-PCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan