ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan satu lagi kluster pendidikan baharu iaitu Kluster Dah Jenan membabitkan 33 pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra yang dikesan positif COVID-19.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, kebanyakan pelajar adalah penghuni asrama sekolah berkenaan.
โIni merupakan sekolah berasrama penuh. Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sedang meneliti langkah seterusnya untuk diambil.
โKita menjangkakan akan terdapat pertambahan kes positif di sekolah itu, namun tindakan lanjut sedang dilakukan untuk mengelakkan penularan,โ katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dengan pertambahan itu, sehingga hari ini Kedah merekodkan 14 kluster pendidikan.