KUALA LUMPUR: Hanya satu lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Selasa, yang melibatkan Pahang.

Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, ia melibatkan lokaliti di Kampung Orang Asli Satak, Mukim Batu Talam, Raub.

Jelas beliau, PKPD di kawasan itu mula dikuatkuasakan bermula Rabu (3 November) sehingga 16 November.

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Dapat pada itu, MKN mengesahkan tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan mahupun ditamatkan PKPD.