KUALA LUMPUR: Satu lokaliti masing-masing di Perak dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan, ia melibatkan Kampung Orang Asli Gangai, Mukim Slim, Muallim, Perak dan Kampung Rompon, Tambunan, Sabah.

Menurut beliau, PKPD di Kampung Orang Asli Gangai bermula 23 September (esok) sehingga 6 Oktober ini.

Manakala PKPD di Kampung Rompon pula berkuat kuasa 24 September sehingga 7 Oktober ini.


 
Sumber Facebook KPMKNJPM

Dalam pada itu, jelas Rodzi lagi, PKPD di Taman Samudera, Seri Manjung, Manjung, Perak akan ditamatkan awal berkuat kuasa hari ini.

Rodzi turut berkata, masing masing empat lokaliti di Pahang dan Sabah akan ditamatkan arahan PKPD bermula Khamis.

Ia melibatkan Kampung Batu 1, Jalan Mentakab, Temerloh; Felda Keratong Lapan, Rompin dan Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh serta Felda Sungai Tekam di Jerantut.

Manakala di Sabah, ia melibatkan Kampung Lohan Ulu, Ranau; Kampung Pengalat Kecil, Papar dan dua lokaliti di Putatan melibatkan Kampung Ulu serta Kampung Pasir Putih.