awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung

Bernama
Bernama
01/06/2023
16:37 MYT
Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang.
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, dekat sini, hari ini.
Mangsa, Mohd Hassan Mohd Rani, 38, disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya Mohamad Fadilah Jusoh, 37, dan Abdul Hisyam Muhamad dilaporkan cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada MERS999 pada jam 7 malam tadi.
"Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan tanah lapang di kampung berkenaan pada jam 6 petang tadi. Sewaktu kejadian ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang memikat burung.
"Setelah itu, hujan lebat bersama ribut petir telah berlaku di lokasi. Mereka kemudian pergi berlindung di bawah sebatang pokok di kawasan berhampiran sebelum tiba-tiba Mohd Hassan dipanah petir," katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya, Mohamad Fadilah dan Abdul Hisyam yang berada berdekatan dengan Mohd Hassan turut terkena tempias panahan petir tersebut.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala dua rakannya mendapat rawatan di hospital sama. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#panah petir
#pikat burung
#Kampung Padang Tanjung
#Mohd Hassan Mohd Rani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan