awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya ada keupayaan tersendiri' - Ramkarpal

Bernama
Bernama
15/05/2014
10:57 MYT
'Saya ada keupayaan tersendiri' - Ramkarpal
Calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo.
Calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo berkata beliau mempunyai kredibiliti dan keupayaan tersendiri untuk menerajui kawasan itu tanpa dibayangi mendiang bapanya Karpal Singh.
Ramkarpal Singh berkata adalah sangat tidak adil bagi sesetengah pihak untuk menilainya hanya sekadar sebagai anak Karpal Singh tanpa melihat kewibawaannya untuk mengekalkan majoriti di Parlimen Bukit Gelugor.
"Saya bukan setakat anak Karpal Singh sahaja. Ada juga keupayaan saya yang lain yang saya boleh buat. Adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Basah Farlim, di sini Khamis.
Turut hadir penasihat DAP Lim Kit Siang, pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan abang Ramkarpal Singh yang juga Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo.
Terdahulu, Ramkarpal Singh meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu dan beramah mesra dengan orang ramai dan pengundi di pasar basah itu.
Pilihan raya kecil Bukit Gelugor menyaksikan saingan empat penjuru antara Ramkarpal Singh, Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 25 Mei ini berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh daripada DAP akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung di Kampar, Perak, pada 17 April.
Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas Pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti 42,706 undi, mengalahkan calon BN Teh Beng Yeam, yang meraih 13,597 undi.
Topic Berkaitan
#Bukit Gelugor
#calon DAP
#Ramkarpal Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan