Datuk Seri Mohamad Hasan menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terbatal dan tidak sah.
Dalam masa sama, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden itu akan mempertahankan kerusi berkenaan.
"Saya akan pertahankan kerusi DUN Rantau, Insya-Allah," katanya dalam catatan di laman Facebook peribadinya.
Sementara itu, bercakap pada wartawan selepas keputusan mahkamah, Mohamad berkata, beliau menghormati keputusan pembatalan kemenangannya di kerusi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun lalu.
"Saya hormati keputusan yang dibuat dan saya telah lama bersedia untuk mengadakan pilihan raya kecil (PRK) di Rantau. Saya terima dengan hati terbuka dan menghormati proses undang-undang," kata Mohamad di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban pada 16 November lalu yang mengisytiharkan keputusan kerusi DUN Rantau terbatal dan tidak sah.
Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Mohamad dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung rayuan terhadap keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya.
Ini bermakna satu lagi pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan dalam tempoh sedikit masa lagi, di kawasan N27 Rantau, Negeri Sembilan.
BACA: Mahkamah Persekutuan batal kemenangan Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau
Astro Awani
Mon Feb 18 2019
MOHAMAD HASAN disapa penyokongnya di Mahkamah Persekutuan pada Isnin. - Gambar Facebook Mohamad Hasan
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PRN: Datang awal mengundi sebab nak jadi contoh untuk anak, orang muda
Pengundi di DUN Rantau pilih datang awal bagi melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat.
PRN: Tok Mat selesai mengundi di Rantau
Calon DUN Rantau itu menasihatkan pengundi untuk turun awal kerana cuaca sekarang tidak menentu dengan kemungkinan hujan pada sebelah petang.
PRN: Tok Mat buat penampilan kelima tanding DUN Rantau, saingan satu lawan satu
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini membuat penampilan kelima bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.
Tok Mat mahu pertahan kerusi DUN Rantau, tanding Parlimen pada PRU15
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Pemimpin PKR kembali bersatu, dua kongres kini menjadi satu
Buat pertama kali dalam sejarah sejak penubuhan PKR asejak 1999, hampir terjadi 2 kongres berlangsung serentak, ekoran sengketa dalaman antara pemimpin parti tidak berkesudahan.
Kalah di Rantau tidak bemakna sokongan terhadap PH merosot - Johari
Gabungan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pas sebenarnya tidak banyak membantu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Calon Bebas, Malarvizhi teruja pertama kali mengundi
Calon bebas Malarvizhi menjadi calon paling awal berada di Pusat Daerah Mungundi SJKC Chung Hua bagi tunaikan tanggungjawab.
PRK Rantau: 96 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab
Pusat Mengundi awal di Pangkalan Udara Sendayan dan Balai Polis Rantau dibuka pada 8 pagi sebelum ditutup pada 12 tengah hari tadi.
PRK Rantau: Polis terima 73 laporan, 15 kertas siasatan dibuka
Polis sahkan terima 73 laporan sepanjang kempen PRK Rantau
UMNO ibarat 'jatuh ditanduk kerbau' jika Tok Mat kalah
Namun sekiranya Mohamad, yang menang di DUN Rantau sejak 2004 tewas, ia pastinya merupakan tamparan besar buat beliau dan BN.