Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad tidak akan mengelak daripada memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sekali pun ‘markah’ yang diberikan tidak setimpal dengan usaha mentadbir Kementerian Kesihatan (KKM) setahun lalu.
Menurut Dzulkefly, selepas melakukan penambahbaikan dengan lebih berkesan dan produktif, beliau percaya ukuran sebenar adalah hak mutlak rakyat untuk menentukan tahap kredibilitinya mengemudi KKM.
“Saya melakukannya secara lebih berkesan dan produktif dan melihat kepada outcome. Ukuran yang akhirnya akan menjadi ukuran sebenar sama ada saya berjaya dengan cemerlang atau pun sekadar berjaya atau mungkin ada yang mengatakan macam-macam survey telah dibuat memberi saya markah pelbagai markah tetapi itu semua adalah hak anda untuk membuat penilaian.
“Saya sedar dan saya insaf bahawa apa yang menjadi ukuran rakyat, apa yang menjadi ukuran pesakit adalah ketika mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan kementerian sama ada di hospital atau klinik. Ukuran mereka adalah dari segi apa yang mereka alami,” katanya pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada satu sidang media khas di kementeriannya di Putrajaya.
Pakar Strategi Parti Amanah Negara itu turut menyatakan bahawa beliau akan terus ‘berperang’ dengan cabaran yang mendatang baik daripada sektor awam mahu pun swasta.
“Bagaimana saya melihat cabaran saya? Saya akan sentiasa berperang. Masalah tidak akan berakhir kerana ada banyak masalah sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta dalam bidang kesihatan.
“Saya tahu apa yang penting kepada rakyat ialah apabila saya menyelesaikan masalah mereka dengan kadar segera. Kalau ada masalah parkir, minggu depan mereka nak masalah itu selesai. Mahu tidak mahu itulah ukuran mereka,” katanya.
Mengulas pertanyaan pemberita mengenai tahap prestasinya dari satu hingga 10, beliau menerima seadanya apa yang telah diputuskan.
“Saya serahkan kepada rakyat untuk memberikan markah. Saya difahamkan baru-baru ini ada satu kajian sentral. Ada empat orang yang menilai dan setiap seorang beri saya A, B, C dan D pun ada.
“Apa pun, saya ingat saya tak perlu rasa gusar dengan penilaian itu, yang pentingnya saya tahu setelah saya komited untuk lakukan. Saya akan lakukan sehabis baik dan saya harapkan dalam KKM itu sendiri change management amat penting,” jelasnya.
Dzulkefly turut memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk menerima apa sahaja tugasan besar untuk bersama-sama dalam jemaah menteri dan Kabinet dalam meningkatkan sistem penyampaian kesihatan mengikut batas kemampuan dan keupayaannya.
Sahlizah Mohamed
Fri May 03 2019
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad akan terus menjalankan tanggungjawab tanpa mengambil kira apa bentuk penilaian yang diberikan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly
KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal membayar bil.
Malaysia menjadi destinasi pilihan pengeluar peranti perubatan - Dr Dzulkefly
Sektor peranti perubatan menyumbang kira-kira RM18 bilion kepada ekonomi negara pada 2023.
Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.
Perbaharui lesen penjualan vape tidak akan diluluskan di Terengganu
Terengganu tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape namun kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan memperbaharui lesen penjualan barangan tersebut di premis milik PBT.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."