awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya baru hari kelima masuk pejabat, tak adil mereka buat andaian' - Saifuddin Nasution

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
13/12/2022
08:37 MYT
'Saya baru hari kelima masuk pejabat, tak adil mereka buat andaian' - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, beliau merupakan seorang yang bersikap terbuka dengan teguran dan ketika ini semua pihak perlu bersikap adil terhadap dirinya yang baharu hari kelima masuk ke pejabat kementerian itu. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan kenyataan Lawyers for Liberty (LFL) yang kononnya beliau tidak menerima sebarang pandangan dan teguran berhubung isu Depot Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah.
Sebaliknya, Saifuddin berkata, beliau merupakan seorang yang bersikap terbuka dengan teguran dan ketika ini semua pihak perlu bersikap adil terhadap dirinya yang baharu hari kelima masuk ke pejabat kementerian itu.
"Saya baru hari kelima masuk ke pejabat, sangat tidak adil mereka membuat 'judgement' (andaian), beri peluang untuk saya dengar semua taklimat. Saya seorang yang sangat terbuka menerima teguran dan pandangan. Siapa yang mengenali saya, mereka akan akui itu style (cara) kepimpinan saya.
"Jadi, saya nak sanggah Lawyers for Liberty (LFL), mereka harus tengok rekod saya yang lepas, jangan buat kesimpulan awal. Dia sendiri tidak pernah mohon nak jumpa saya, macam mana dia kata saya tak terima pandangan?" katanya pada sidang media sempena Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di Bukit Aman di sini pada Selasa.
BACA: KDN nafi tahanan di depoh Kimanis diberi layanan buruk
Sebelum ini, Pengarah LFL, Zaid Malek berkata bahawa tindakan Saifudin menafikan dakwaan tahanan di Depoh Imigresen Kimanis dilayan dengan teruk adalah tidak boleh diterima.
Justeru, Saifuddin mengingatkan LFL agar menyemak fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap dirinya.
"Jadi sekrang ini, sebagai menteri di peringkat awal, tentulah munasabah untuk kami mendengar taklimat. Adakah mendengar taklimat bermaksud kami menerima sepenuhnya tanpa sebarang reservation? Tentulah kami ada jangkaan yang akan kami bagi pandangan.
"Buat masa sekarang kami dengar pandangan termasuk dengan jabatan berkenaan dan akan diberi penambahbaikan. Takkanlah hari kelima masuk pejabat, LFL senang sebut begitu. Semak kenyataan anda. Itu bukan marah, saya tegur sahaja," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#Kementerian Dalam Negeri
#Depot Imigresen Kimanis
#LFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan