Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau 'berhati-hati dalam optimis' akan berjaya meraih 'kemenangan selesa' dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, yang dijangka bakal menyaksikan saingan paling sengit dalam sejarah.
"Saya berhati-hati dalam optimis kita (Barisan Nasional) akan menang dengan selesa. Dua pertiga mampu dicapai tetapi saya juga sedar apa pun boleh berlaku sewaktu pilihan raya, untuk itu saya berhati-hati dalam optimis," kata Najib dalam satu wawancara bersama Financial Times.
"Pelabur mengharapkan mandat kukuh dari kerajaan sekarang. Sekiranya kami mendapat keputusan yang baik, anda boleh melihat lonjakan yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada pasaran saham. Saya agak yakin dengan perkara itu."
Pakar ekonomi sehingga kini mengiktiraf dan mengalu-alukan usaha kerajaan dalam memastikan ekonomi berkembang yang menyaksikan KDNK Malaysia mencatatkan perkembangan lebih baik daripada yang dijangkakan iaitu pada 5.6 peratus pada 2012.
Namun mereka juga melahirkan rasa bimbang mengenai kadar hutang negara yang berada pada nisbah 51 peratus berbanding KDNK. Mereka juga merasakan masih ada ruang untuk kerajaan menjana pendapatan.
"Saya akan lihat kepada struktur percukaian, kerana kami perlu mengukuhkan asas pendapatan. Pendapatan kerajaan harus berdiri pada asas yang kukuh," kata Najib merujuk kepada soalan samada kerajaan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan.
Mengenai manifesto Pakatan Rakyat, Najib berkata manifesto yang dibentangkan "tiada kredibiliti".
"Adalah terlalu berisiko untuk meletakkan nasib pada satu pakatan yang tidak jelas hala tujunya dan tidak diketahui ke mana negara akan dibawa," katanya.
Tahun lalu Najib juga mengejutkan ramai pemerhati politik apabila mengambil langkah mengubah perlembagaan parti Umno yang antara lain menjadikannya lebih mudah untuk mencabar kepimpinan parti.
"Saya telah menjadikan Umno lebih demokratik. Ya, sudah tentu saya meletakkan risiko terhadap diri saya sendiri. Namun saya percaya apa yang kami lakukan adalah demi kebaikan negara dan parti."
Astro Awani
Wed Mar 27 2013
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.
Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
Najib sebelum ini diminta supaya tidak berada dalam prosiding mahkamah ketika beliau menghadiri perbicaraan kes Rosmah.
1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.
Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's
Moody's Investors Service berpendapat bahawa Belanjawan 2019 adalah baik kerana menunjukkan ketelusan yang lebih ketara.
Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia
Selepas perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) ingin berhubung dengan pihak berkuasa yang kompetan di Malaysia dengan serta-merta
Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyatakan bahawa merosakkan undi bukan penyelesaian yang wajar untuk pengundi yang sedang kecewa dengan sistem sedia ada.
PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik
Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.
Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.
Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.