"Saya bersedia jumpa sesiapa jika ada keperluan."

Berikut reaksi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang kesediaan beliau untuk berjumpa dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang itu berkata, perjumpaan itu akan berlaku jika melibatkan hal yang perlu dan penting.

"Ayah chik dah jumpa dengan Tun baru ni, Anwar pun kata dia bersedia nak jumpa dengan ayah chik? Saya berjumpa dengan orang bila perlu kalau tak perlu tak jumpa. Saya anggap perlu baharu saya jumpa. Kalau tak perlu saya tak jumpa dengan siapa-siapa dia pun dan saya berjumpa dengan semua Perdana Menteri.


BACA: Pertemuan Tun Mahathir dan Hadi tidak mengubah apa-apa - Anwar

Pada Khamis, Anwar menjelaskan beliau juga tiada masalah untuk berjumpa sesiapa sahaja.


Baru-baru ini, tular gambar menunjukkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.