Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana mendakwa dirinya sebagai dalang di sebalik keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan di Kedah sekali gus menyebabkan bekas Menteri Besar Kedah itu hilang jawatan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan itu menggesa Mukhriz untuk membuktikan dakwaan berkenaan.

"Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini hilang kerja? Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula, saya cuma #stayathome main FB, main kucing dan makan super ring. Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan," katanya melalui status yang dimuatnaik di laman sosial Facebooknya pada Ahad.

BACA: "Najib protagonis sebenar kejatuhan PH Kedah" - Mukhriz Mahathir

Apa yang membuatkan Najib kecewa juga apabila anak kepada bekas Perdana Menteri itu tidak bercakap benar pada bulan Ramadan.

"Dalam bulan Ramadan ini pun dia (Mukhriz) sanggup berbohong macam ni," ujar Najib lagi.

Sumber Facebook najibrazak