Sebagai Presiden UMNO yang dipilih oleh perwakilan menerusi sistem pemilihan parti yang demokratik, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mempunyai hak di dalam parti.
Oleh kerana itulah, katanya beliau akan terus memimpin UMNO.
"Saya juga ada hak dalam parti. Saya dipilih oleh perwakilan dalam sistem yang paling demokratik dalam UMNO, tiada undi bonus, tiada kuota, terbuka, ahli UMNO pilih saya. Selagi ahli UMNO pilih saya, mahu pada saya, saya tetap akan terus memimpin UMNO," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah.
Najib berkata sebagai 'orang parti' yang telah berkecimpung di dalam politik selama lebih 40 tahun, beliau akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan parti.
Katanya, ada juga yang mengatakan beliau 'tidak cengeng' dan lembut dalam memimpin parti dan kerajaan.
"Orang kata saya tak cengeng, saya lembut tetapi jangan, (kerana) ada hadnya. Saya berpegang kepada prinsip, jangan 'korek kapal,'" katanya yang merujuk kepada mereka yang merosakkan parti daripada dalam.
Najib berkata, ada perkara dan benda yang tidak sepatutnya 'dikorek' dan sekiranya mahu 'mengoreknya' juga, boleh bertemu dengan beliau secara tertutup.
"Kalau nak korek, datang jumpa saya secara tertutup, saya hormat. Tapi jangan buat secara terbuka dan rosakkan parti, saya tak hormat," katanya.
Perdana Menteri memberikan analogi permainan bola sepak iaitu beliau sebagai pengurus pasukan memiliki kata putus di dalam pemilihan pemain-pemain dan posisi mereka sama ada di bahagian pertahanan, tengah dan penyerang.
"Kita main sebagai satu pasukan dan jikalau ada orang jaringkan gol sendiri, apa saya nak buat sebagai pengurus?," katanya.
Najib berkata apa yang penting di dalam UMNO adalah anggotanya mengamalkan sikap dan semangat berpasukan yang tinggi bagi memastikan parti dapat mengatasi cabaran yang mendepaninya.
Katanya kerjasama erat sesama anggota, kesetiaan dan kasih sayang terhadap parti akan memastikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, katanya beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap parti dan anggotanya.
Beliau mahu anggota UMNO mencontohi kesetiaan yang ditunjukkan oleh Ahmad Bashah yang tidak membantah ketika Mukhriz dipilih sebagai Menteri Besar Kedah walaupun ketika itu beliau merupakan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Bernama
Sun Aug 23 2015
NAJIB: Sebagai 'orang parti' yang telah berkecimpung di dalam politik selama lebih 40 tahun, saya akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan parti. Foto BERNAMA
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suhakam bimbang tindakan polis tidak hormat hak berhimpun secara aman
Suhakam gesa PDRM menghormati dan mengiktiraf hak rakyat negara ini untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.
Indeks Pendayaupayaan: Pengguna belum benar-benar praktik hak mereka - Menteri
KPDNHEP mensasarkan Indeks Pendayaupayaan Pengguna di Malaysia dapat ditingkatkan melebihi 85% dalam masa dua tahun.
Gangguan seksual: Beranikan diri lapor jika diganggu anggota penguatkuasa
Apa hak anda sebagai orang awam sekiranya polis menghentikan kenderaan anda ketika sekatan jalan raya?
Thailand: Lese majeste bukan menyekat kebebasan bersuara
Undang-undang itu, dalam pelbagai bentuk, wujud di banyak negara termasuk Thailand bagi melindungi hak atau reputasi Raja, Permaisuri dan pewaris takhta atau pemangku raja.
Kampung penduduk Palestin di Tebing Barat dimusnah rejim Zionis
Israel merobohkan lebih 76 bangunan termasuk rumah, khemah, tempat perlindungan haiwan ternakan, tandas dan panel solar.
Slim Memilih: Lapan bulan orang Asli Kampung Changkat Ramu minum air berkeladak, kotor
Lebih memeritkan, rata-rata terpaksa mengangkut air sejauh 100 meter dari telaga yang digali sendiri oleh penduduk untuk kegunaan harian.
'Kita serahkan kepada rakyat nilai parti baharu' - Annuar Musa
Annuar menyifatkan ia adalah hak bekas pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk menubuhkan sebarang parti kerana beliau kini berada dalam blok bebas.
COVID-19: Rakyat berhak ambil tindakan undang-undang
Takiyuddin berkata perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu merupakan hak kepada individu untuk menikmati kehidupan yang sihat.
Kerajaan bela nasib kaum India Muslim - Waytha Moorthy
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa masyarakat itu bimbang bahawa hak komuniti itu dipinggirkan dan suara mereka tidak diwakili di peringkat kerajaan persekutuan.
Kabinet setuju pinda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan - Liew
Persetujuan untuk meminda perlembagaan berkenaan telah dibuat semasa mesyuarat Kabinet Rabu lepas dan ia adalah satu langkah besar ke arah merealisasikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.