awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya menangis lihat keadaan rumah selepas ditenggelami banjir'

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2022
03:00 MYT
'Saya menangis lihat keadaan rumah selepas ditenggelami banjir'
Norul Huda (kanan) ketika menerima kunjungan dan sumbangan yang disampaikan oleh Hasagaya. (Gambar kecil: Uzwatun Hasanah)
TEMERLOH: Seorang penuntut di sebuah universiti menceritakan betapa sedih dan terkedu melihat keadaan rumah keluarganya di Temerloh yang ditenggelami air banjir hingga paras bumbung.
Uzwatun Hasanah Idham Halid, 21, berkata, keadaan banjir baru-baru ini lebih teruk berbanding pada awal Januari lalu.
"Saya terkedu melihat keadaan rumah. Ia ditenggelami air banjir hingga paras bumbung.
"Pada hari kelapan, baru air banjir surut. Banyak barangan dalam rumah dihanyutkan air banjir dan rosak," luah gadis itu.
Kata pelajar tahun tiga, Fakulti Kejuruteraan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tersebut, rumah keluarganya itu antara rumah yang terjejas akibat banjir yang dibantu oleh warga UPNM dalam misi bantuan dan sukarelawan UPNM 2021, sejak Selasa lalu.
Ujar anak bongsu dari empat beradik itu, dia dan keluarganya terharu susulan Naib Canselor, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah turut hadir dalam misi bantuan itu.
"Saya bersyukur semua ahli keluarga selamat walaupun sedih melihat semua barangan yang rosak dan hanyut akibat banjir.
"Pada masa sama terharu dan menghargai bantuan yang dihulurkan oleh warga UPNM kepada saya dan keluarga," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, ibunya, Norul Huda Said, 52, turut menghargai bantuan daripada sukarelawan UPNM itu yang membantu membersihkan rumah serta memberikan sumbangan.
"Tidak sangka banjir kali ini lebih besar dan saya menangis melihat keadaan rumah. Kini, saya dan ahli keluarga masih sibuk membersihkan dan mengemas kediaman kami," kata wanita itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#Uzwatun Hasanah Idham Halid
#rumah ditenggelami air banjir
#warga UPNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan