awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya selalu pesan jauhi kawasan sungai' - Ibu mangsa lemas

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
12/12/2019
08:21 MYT
'Saya selalu pesan jauhi kawasan sungai' - Ibu mangsa lemas
Mangsa, Mohd Aqil Darwisy Mohamed Noor, 11, dikatakan ke kolam takungan itu bersama dua lagi rakannya petang semalam untuk memancing.
Ibu kepada mangsa lemas di sebuah kolam takungan di Jalan Belakang Masjid Pintu Geng, di sini berkata dia sering berpesan kepada anaknya itu supaya menjauhi sungai atau kawasan air, namun tidak menyangka anaknya itu tetap ke sungai juga.
Luahan itu disuarakan Hazilawati Abdul Hamid, 39, selepas mengetahui anak kedua dari empat beradik itu ditemukan lemas pagi tadi.
Mangsa, Mohd Aqil Darwisy Mohamed Noor, 11, dikatakan ke kolam takungan itu bersama dua lagi rakannya petang semalam untuk memancing.
“Saya selalu pesan jangan main sungai. Dengar, duduk main tepi-tepi sahaja, hari-hari pesan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mangsa dikatakan keluar rumah sekitar jam 3 petang semalam namun tidak pulang hingga lewat petang menyebabkan penduduk kampung keluar mencarinya.
Menjelang tengah malam, ibunya membuat laporan tentang kehilangan mangsa sebelum gerakan mencari dimulakan malam tadi.
Mayat mangsa ditemui oleh Unit Penyelam, Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sekitar jam 10.40 pagi tadi, tidak jauh dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.
Mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Geng dan baharu sahaja kehilangan ayahnya yang meninggal dunia pada Jun lepas.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab Dua untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Kelantan
#Kota Bharu
#lemas
#mangsa
#meninggal dunia
#Mohd Aqil Darwisy Mohamed Noor
#pelajar lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan