awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tak akan rayu, saya terima saja - Sivarraajh

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2018
20:54 MYT
Saya tak akan rayu, saya terima saja - Sivarraajh
Sivarraajh berkata, beliau lebih rela merayu kepada masyarakat Cameron Highlands untuk memberi mandat kepadanya untuk lima tahun lagi daripada merayu di mahkamah.
Datuk C. Sivarraajh tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membatalkan kemenangannya sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.
Justeru, pendirian Naib Presiden MIC itu bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan bagi kerusi yang disandang Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Tempoh 14 hari yang dibenarkan untuk Sivarraajh mengemukakan rayuan akan berakhir hari ini (Khamis).
Katanya, beliau lebih rela merayu kepada masyarakat Cameron Highlands untuk memberi mandat kepadanya untuk lima tahun lagi daripada merayu di mahkamah.
Bernama melaporkan beliau mendakwa rayuannya tidak mempunyai makna terhadap pembatalan keputusan PRU14.
"Saya rasa keputusan itu tidak adil bagi diri saya... dari mula lagi saya telah menafikan bahawa ada unsur rasuah dalam pemilihan.
"Oleh sebab keputusan mahkamah macam itu, kita terima sahaja," katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.
Beliau ditemui selepas majlis angkat sumpah ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Pahang yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
BACA: Status kerusi Parlimen tergantung, Sivarraajh diarah tinggalkan Dewan
BACA: Penggantungan tidak adil, Sivarraajh belum kemuka rayuan - Zahid
Menurut Sivarraajh, beliau telah memberi khidmat selama lima bulan kepada penduduk kawasan itu selepas PRU14 serta membangkitkan isu dan masalah masyarakat di situ hingga ke peringkat Dewan Rakyat.
Pada 30 Nov lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya di Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi Parlimen Cameron Highlands kosong selepas mendapati Sivarraajh melanggar Akta Pilihan Raya 1954 kerana didakwa menyogok pengundi dalam kalangan Orang Asli di kawasan Parlimen itu.
BACA: Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah
Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 597 undi menewaskan calon DAP, M. Manogaran bersama calon PAS, PSM dan Berjasa dalam pertandingan lima penjuru.
Bagaimanapun, Manogaran kemudian mengemukakan petisyen pada Jun lalu dengan mendakwa Sivarraajh, yang berkempen bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, membayar penduduk Orang Asli antara RM30 hingga RM1,000 melalui Tok Batin bagi memastikan kemenangan calon BN.
BACA: Sivarraajh masih Ahli Parlimen Cameron Highlands - Speaker
BACA: PKR, DAP kekal bertanding di Rantau, Cameron Highlands - Tun M
Sementara itu, Wan Rosdy ketika berucap dalam majlis itu, memberi amaran kepada ahli majlis bahawa mereka yang gagal menghadiri mesyuarat untuk tiga kali berturut-turut akan dikenakan tindakan termasuk memotong elaun atau dipecat.
Ahli majlis yang dilantik dalam kalangan ahli politik dan badan bukan kerajaan pelbagai kaum serta golongan profesional, akan berkhidmat untuk tiga majlis perbandaran dan lapan majlis daerah di Pahang.
Topic Berkaitan
#Ahli Majlis PBT
#angkat sumpah
#batal kemenangan
#C Sivarraajh
#Cameron Highlands
#DAP
#Dewan Rakyat
#mahkamah
#menyogok pengundi
#MIC
#petisyen pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PRU14
#rayuan
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan