KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan mengambil keputusan yang boleh menggugat kestabilan politik negara.
Beliau berkata peluang harus diberi kepada kerajaan hari ini untuk mentadbir dengan tenteram bagi mendepani tempoh sukar yang mendatang, namun tegasnya, ia tidak bermakna beliau mahu menyertai kerajaan tersebut.
Sebagai bekas Menteri Kesihatan yang berusaha keras untuk mengeluarkan negara daripada pandemik COVID-19, takkan lah beliau tergamak untuk menjadi punca kerapuhan kerajaan.
“Jadi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Perdana Menteri, tahniah dan perlu diberi peluang untuk mentadbir negara ini.
“Itu tak bermaksud saya katak melompat ke sana atau ke sini, itu keputusan lain tapi yang penting adalah kita nak lihat kestabilan politik itu sebab tahun ini amat penting.” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Mungkin kita tidak dapat mengelak daripada berbicara berat lagi tentang politik memandangkan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dijalankan dalam masa beberapa bulan mendatang.
Begitupun jelas Khairy, politik negeri harus kekal dalam lingkungan negeri terlihat sahaja dan tidak perlu hingga mencetuskan gangguan terhadap kerajaan pusat.
“Kita kena biasakan diri dengan pertentangan politik yang tidak menjejaskan keputusan yang dibuat iaitu Kerajaan Perpaduan ini adalah di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Negeri kita mestilah ada kematangan untuk membuat pemilihan di negeri dan tidak menjejaskan kestabilan Federal.”
Israr Khalid
Tue Jan 31 2023

KHAIRY: Saya bukan katak yang mudah melompat ke sana dan ke sini tapi kestabilan adalah perkara yang terutama.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Polis cari Sivakumar untuk perbicaraan di mahkamah
Polis sedang mengesan T. Sivakumar yang merupakan saksi penting berhubung perbicaraan kes pemerdangangan manusia dan penyeludupan imigran.

Formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab kepada jemaah haji, bahkan juga kepada 8.8 juta pendeposit yang menjangkakan pulangan dividen.

Haji: Layanan dan perkhidmatan sama kepada jemaah B40, M40, T20
Perkara yang membezakan ialah bayaran mereka atas dasar kelayakan kemampuan.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Penggunaan AI amat dialukan tetapi harus waspada soal etika - Lih Kang
Kecerdasan buatan (AI) merupakan teknologi yang mula mendominasi pelbagai industri di dunia. Inovasi ini telah membantu individu, organisasi dan syarikat melonjakkan produktiviti.

'Berfikiran New York, berjiwa Mekah' formula lahirkan graduan TVET berkualiti - Ahmad Zahid
Keseimbangan antara kesejahteraan fizikal dan rohani adalah formula terbaik untuk melahirkan graduan berkualiti.

'Tiada undang-undang benarkan sumbangan kepada parti politik' - Azalina
Tiada undang-undang yang berkuat kuasa membenarkan sumbangan dana kepada parti politik ketika ini.

Kerajaan konsisten laksana pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya - Azalina
Kerajaan komited untuk melaksanakan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti institusi perundangan.

Elak kerugian banjir: Buat persediaan logistik, pantau pembalakan haram, projek pembangunan - Pakar
Kerjasama erat antara jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah dalam berkongsi sumber maklumat mampu mengurangkan impak banjir.

Wujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai hal-hal fiskal - IDEAS
Ia perlu ditubuhkan dalam usaha meningkatkan pendapatan dan mengurangkan hutang negara.

Beri ruang kepada pembangkang bentuk sama dasar negara - Wong Chin Huat
Dengan peranan lebih besar diberikan dalam menentukan hala tuju negara, pembangkang juga tertakluk kepada penilaian rakyat.