awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya terdengar bunyi dentuman seperti guruh, rupanya runtuhan gua batu kapur - Penduduk

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
08/11/2020
05:25 MYT
Saya terdengar bunyi dentuman seperti guruh, rupanya runtuhan gua batu kapur - Penduduk
Bagaimanapun, tidak ada penduduk yang cedera dalam runtuhan batu yang mengejutkan itu. - Astro AWANI
MERAPOH:"Ketika kejadian saya tersedar apabila dengar bunyi dentuman kuat sepertu guruh. Apabila saya bangun dan lihat keluar ada batu runtuhan dipercayai dari gua batu kapur berhampiran rumah kami."
Demikian cerita seorang penduduk kampung, Zulkifli Zakaria mengenai kejadian runtuhan gua batu kapur berhampiran rumah mereka di Kampung Kubang Rusa, Merapoh awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Zulkifli Zakaria bersama rakan serumahnya lena tidur sebelum terdengar dentuman kuat.
Menyedari akan kejadian itu, Zulkifli yang merupakan seorang penoreh getah segera membangunkan rakannya yang sedang tidur.
"Bila saya lihat sahaja ada batu-batu runtuhan saya segera membangunkan rakan yang sedang tidur. Takut la juga jika ada runtuhan lagi dan rumah kami akan tertimbus," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Ahad.
Runtuhan batu besar akibat hakisan di gua batu kapur Merapoh, Pahang.
Runtuhan batu besar akibat hakisan di gua batu kapur Merapoh, Pahang.
Tinjauan Astro Awani di kawasan itu mendapati lebih 40 batu besar jatuh di kawasan berhampiran dan berlaku hakisan serius di gua berkenaan.
Situasi itu meresahkan penduduk tempatan kerana bimbang berlaku runtuhan susulan.
Sementara itu, pemandu pelancong, Mohd Zulkifli Daud, terdapat 140 gua batu kapur di kawasan Merapoh, Pahang dan hanya tujuh sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pelancongan.
"Kejadian runtuhan gua batu kapur berhampiran Kampung Kubang Rusa ini adalah pertama kali terjadi. Sangat terkejut dan risau apabila melihat runtuhan batu besar macam ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Gua
#batu kapur
#runtuh
#hakisan
#Merapoh
#Pahang
#Kampung Kubang Rusa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan