"Saya tidak akan benarkan", tegas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz, sekiranya ada pihak ingin mengadakan perhimpunan di kawasan Petaling Street mahupun mana-mana kawasan yang dilihat boleh menganggu-gugat ketenteraman awam.
Mhd Amin berkata sekiranya pihak terbabit ingin berhimpun, ia perlu dilakukan di lokasi strategik seperti di Padang Merbok atau Stadium Merdeka.
"Kawasan di Petaling Street memang tidak boleh, dan saya tidak akan benarkan mana-mana pihak nak berhimpun di kawasan itu...ia menyalahi undang-undang.
"Kalau nak berhimpun buat di tempat yang sesuai, dan kena memohon kebenaran," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan di Petaling Street di sini pada Sabtu ini, antara lain, sebagai membantah kehadiran warga asing yang menjalankan peniagaan termasuk menjual barangan larangan dan tiruan di lokasi berkenaan.
Mhd Amin berkata beliau tidak mengetahui tentang cadangan mengadakan perhimpunan itu, malah pihaknya juga belum menerima sebarang notis daripada penganjur untuk memperoleh kebenaran berhimpun di dalam kawasan bandar.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa ketika dihubungi turut memaklumkan bahawa pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk penganjuran perhimpunan berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang merancang mengadakan sebarang perhimpunan perlu mengikut saluran yang betul dan menurut peraturan sedia ada.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos yang bertindak sebagai orang tengah kepada kumpulan perhimpunan itu, berkata mereka mengharapkan respons positif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk
mengambil tindakan ke atas peniaga warga asing di Petaling Street.
Jamal mengadakan pertemuan bersama KPDNKK bagi menyampaikan tuntutan kumpulan demonstrasi berkenaan Jumaat lepas.
Ditanya sama ada mereka akan menghantar notis pemberitahuan kepada polis mengenai perhimpunan berkenaan, beliau percaya pihak kumpulan perhimpunan itu tidak akan berbuat demikian.
"Mereka tahu polis tidak akan benarkan, jadi mereka akan teruskan juga sekiranya mendapat respons yang negatif. Saya hanya bertindak sebagai orang tengah, dan seboleh mungkin berharap ia dapat diselesaikan dengan baik," katanya.
Sehingga kini, belum ada pihak tampil mengaku sebagai penganjur perhimpunan itu Sabtu ini.
Bernama
Tue Sep 22 2015
MHD AMIN: Saya tidak akan benarkan. -Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi
Majlis Bandaraya Johor Bahru membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa hari ini.
Bandar di Norway tawar pengangkutan awam percuma, atasi kesesakan lalu lintas
Orang ramai akan dapat menggunakan perkhidmatan bas, bot dan kereta api secara percuma selama setahun.
Tindakan Datuk Bandar KL perlu selari dengan hala tuju JWP
Walaupun Datuk Bandar Kuala Lumpur mempunyai ruang autonomi dalam menguruskan ibu kota, semua tindakan yang diambil perlu selari dengan hala tuju yang ditetapkan oleh JWP.
Datuk Bandar sepatutnya dipilih, bukan dilantik - MUDA
Rakyat di Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu memilih Datuk Bandar melalui pilihan raya kerajaan tempatan.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb
Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini.
DBKL kaji cadangan KLFA berkaitan Stadium KL - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian hak pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras kepada sebuah syarikat swasta.
Pam air tambahan, kolam tadahan tangani banjir kilat di Ipoh - Datuk Bandar
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata antara lokasi utama yang sudah dikenal pasti ialah di aliran Sungai Pinji.
Bekas Datuk Bandar dibebaskan daripada reman
Suspek turut diperintahkan hadir melapor diri pada tarikh yang ditetapkan di pejabat SPRM setiap bulan.
Mohd Noorazam dilantik Datuk Bandar MBJB baharu
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Datuk Mohd Noorazam Osman dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang ke-13 berkuat kuasa hari ini.