Skip to main content

Malaysia

Saya tidak pernah hantar Ishak jumpa Anifah - Anwar

61359106905_295x200.jpg
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau tidak pernah menghantar bekas timbalan pengerusi KFC Holding (M) Bhd Datuk Ishak Ismail sebagai ejen untuk berjumpa Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan meminta beliau melompat parti.

Anwar juga berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Ishak pada 2004 apabila Ishak bertemu dengannya di Munich, Jerman.

Beliau memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Anifah selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Menteri Luar itu untuk meminda pernyataan pembelaan tambahan berhubung dakwaan bahawa Anwar menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.

Advertisement

Must Watch Video