KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pulau Pinang memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, bahawa beliau tidak mengetahui Lim Guan Eng pernah mengadakan pertemuan dengan seorang individu dikenali sebagai Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli untuk berbincang mengenai projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.
Datuk Lim Hock Seng, 73, berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sama ada saksi itu mengetahui bahawa Lim telah mengadakan pertemuan dengan individu bernama Zarul di sebuah hotel di ibu kota sebelum berlangsung Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang pada Januari 2011.
Menurut Hock Seng, semasa MMK Negeri Pulau Pinang bertarikh 26 Jan 2011, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu hanya memaklumkan terdapat sebuah syarikat swasta ingin menerokai projek pembinaan terowong di negeri tersebut.
"Dalam mesyuarat itu beliau (Lim) tidak menyatakan berjumpa atau berunding dengan siapa...tetapi cuma menyatakan ada sebuah syarikat hendak terokai pembinaan projek terowong di Pulau Pinang," katanya semalam, ketika memberi keterangan pada hari kelima perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu.
Disoal Wan Shaharuddin adakah Zarul adalah individu yang sama, Datuk (Hock Seng) minta nombor telefon daripada Lim dan dia (Zarul) terlibat dalam mesyuarat dan mendapat kontrak (projek pembinaan jalan utama dan terowong), saksi itu menjawab, "Memang sama".
Saksi itu turut mengakui bahawa Zarul juga telah mengikuti rombongan negeri Pulau Pinang ke China.
BACA: Guan Eng arah hubungi wakil syarikat pembinaan bincang projek terowong - Bekas Exco
Hock Seng dalam keterangannya sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Lim memberi nombor telefon dua wakil syarikat pembinaan iaitu Zarul dan Datuk Lee Chee Hoe untuk membincangkan mengenai projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu pada 26 Jan 2011.
Saksi itu juga bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa beliau tidak akan mengenali Zarul dan Lee jika Lim tidak memberi nombor telefon mereka kepadanya.
Sementara itu, Hock Seng bersetuju dengan peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim bahawa berkongsi nombor telefon adalah perkara biasa.
Gobind: Jika nombor telefon Zarul dan Lee tidak diberikan kepada Datuk (Hock Seng), projek berkenaan tidak dapat dibincangkan, dan saksi itu menjawab: Betul.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021
Lim didakwa, sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta. - Gambar fail
Pertemuan bersama Hail di HKL detik terakhir - Salwa
Salwa berkata walaupun hadir pada bukan waktu melawat, beliau bersyukur urusan untuk melawat Hail telah dipermudah.
Doktor sedang kenal pasti jenis asid disimbah kepada Faisal
Hamidin berkata, doktor mahu melihat sejauh mana kekuatan asid itu.
Warga Israel tuntut kerajaan terima gencatan senjata
Penunjuk perasaan Israel, termasuk beberapa keluarga tebusan, turun ke jalan di Tel Aviv pada petang Isnin, menyeru kerajaan untuk menerima perjanjian untuk membebaskan tebusan yang ditahan oleh hamas sejak 7 Oktober tahu lalu.
Gesaan itu dibuat selepas Hamas menerima tawaran gencatan senjata.
Gesaan itu dibuat selepas Hamas menerima tawaran gencatan senjata.
Palestin minta AS campur tangan halang Israel takluk Rafah
Pihak berkuasa Palestin (PA) pada Isnin melakukan libat urus dengan pihak tertentu secara intensif untuk menghalang rancangan Israel menyerang Bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Ia susulan Tentera Israel mengeluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah pada Isnin dan menggesa mereka bergerak ke pekan al-Mawasi di selatan Gaza.
Ia susulan Tentera Israel mengeluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah pada Isnin dan menggesa mereka bergerak ke pekan al-Mawasi di selatan Gaza.
Israel arah penduduk Gaza berpindah
Israel melakukan serangan udara di Rafah pada Isnin dan memberitahu rakyat Palestin supaya mengosongkan bahagian bandar di mana lebih daripada sejuta orang dipindahkan akibat perang yang berlangsung selama tujuh bulan.
Kesemua bandar tersebut dikatakan bergelumang dengan keadaan kotor sehingga menyumbang kepada penyebaran cirit-birit dan penyakit lain.
Kesemua bandar tersebut dikatakan bergelumang dengan keadaan kotor sehingga menyumbang kepada penyebaran cirit-birit dan penyakit lain.
Insiden hon ketika pengebumian: Kertas siasatan lengkap, tunggu bahagian perundangan
Kertas siasatan kes itu dihantar ke Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah negeri untuk penilaian sebelum tindakan lanjut.
Kekejaman zionis: Dunia perlu kuatkuasa undang-undang antarabangsa terhadap Israel
Negara-negara kuasa besar perlu menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang antarabangsa sekiranya Israel tidak bersetuju dengan cadangan genjatan senjata terbaharu yang telah dipersetujui Pejuang Hamas, pada Isnin.
Hamas umum terima perjanjian gencatan senjata
Al-Jazeera melaporkan Hamas setuju terima pelan gencatan senjatan tiga fasa yang dikemukakan pasukan pengantara, Mesir dan Qatar.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Media main peranan sumber maklumat kerajaan kepada isu rakyat
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa pengamal media mengamalkan sikap bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan laporan.
Projek ECRL berjaya capai penembusan 30 terowong
Tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter).
Saksi tidak sebut nama Guan Eng dalam siasatan kes rasuah terowong dasar laut pada 2018
Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Israel dakwa temui terowong bawah ibu pejabat UNRWA
Zionis mendakwa kononnya ia sebagai bukti baharu eksploitasi Hamas terhadap agensi bantuan utama untuk rakyat Palestin.
Hamas sedia hadapi operasi Israel ke atas terowong
Terowong Hamas dibina oleh jurutera berpengalaman dan ia sudah mengambil kira semua kemungkinan serangan Israel.
Israel di ambang kekalahan, tidak nafi pam air dalam terowong
Israel mengumumkan kekalahan pertempuran paling teruk dalam tempoh lebih sebulan perang sejak 7 Oktober lalu.
Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan
Kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat bagaimanapun perlu mendapat rawatan dan pemantauan daripada pihak hospital.
Kementerian Kesihatan Gaza nafi dakwaan terowong Hamas oleh Israel
Video berkenaan sebenarnya adalah rakaman terowong zaman perang di Sweden.
Israel dakwa musnahkan 130 terowong bawah tanah Hamas
Bekalan air dan oksigen turut ditemukan dalam terowong itu yang menunjukkan persiapan Hamas untuk tinggal di bawah tanah.
6 maut, 29 cedera dalam kebakaran di terowong lebuh raya Korea Selatan
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala 29 yang lain cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah terowong di lebuh raya di Gwacheon, selatan Seoul.
Projek terowong bawah permukaan air pertama di Asia Selatan sudah separa siap
Terowong itu terletak di muara Sungai Kanapuri di bandar Chittagong, menghubungkan tebing timur dan barat Sungai Kanapuri.