awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sayonara Malaysia', Duta Jepun puji Dr Mahathir

Bernama
Bernama
25/10/2019
08:48 MYT
'Sayonara Malaysia', Duta Jepun puji Dr Mahathir
Selepas lima setengah tahun di Malaysia, Dr Makio Miyagawa akan menamatkan tugasnya sebagai Duta Jepun ke negara ini. - Gambar BERNAMA
Dr Makio Miyagawa mengucapkan 'sayonara' kepada Malaysia selepas lima setengah tahun berada di sini sebagai Duta Jepun dan memuji Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau sifatkan sebagai seorang pemimpin yang disayangi, dihormati dan dikagumi kerajaan, rakyat, ahli politik, pemimpin perniagaan Jepun.
"Sekiranya Tun Dr Mahathir seorang doktor perubatan, beliau pastinya telah menyembuhkan ramai pesakit tetapi beliau menjadi pemimpin politik dan beliau telah 'menyembuhkan' negara. Saya belajar banyak perkara daripadanya. Beliau pemimpin yang sangat baik dan saya harap beliau akan terus menjadi pemimpin yang baik.
"Semua orang di Jepun gembira mempunyai pemimpin sedemikian di Asia," katanya kepada Bernama dalam wawancara sempena penamatan khidmat beliau di negara ini di kediaman rasminya di sini pada Khamis.
Dr Miyagawa, 68, yang memegang Ijazah Doktor Falsasah (PhD) dalam Hubungan Antarabangsa dan Undang-undang dari Oxford University, berkata beliau akan merindui Malaysia apabila kembali ke negaranya pada Selasa ini tetapi berjanji akan kembali ke negara ini pada masa depan dalam persediaan untuk bersara daripada perkhidmatan diplomatik.
Topic Berkaitan
#Dr Makio Miyagawa
#Duta Jepun
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Sayonara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan