awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Dodgers halang ejen imigresen masuk stadium LA di tengah protes antipenguatkuasaan
DUNIA
Pakar PBB kecam serangan Israel ke atas Iran, seru penghentian segera konflik
DUNIA
Ketua Nuklear PPB beri amaran serangan Israel ke atas loji Bushehr Iran boleh cetus bencana serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

SC minta maklum balas orang ramai mengenai cadangan rangka kerja tokenisasi produk pasaran modal

Bernama
Bernama
06/05/2025
15:15 MYT
SC minta maklum balas orang ramai mengenai cadangan rangka kerja tokenisasi produk pasaran modal
Menurut SC produk pasaran modal yang ditokenkan hendaklah dibezakan daripada token digital dan mata wang digital, yang telah tertakluk kepada rangka kerja sedia ada yang berasingan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan rangka kerja untuk produk pasaran modal yang ditokenkan.
Menurutnya terdapat minat yang semakin meningkat dalam kalangan peserta pasaran modal yang ingin menawarkan produk pasaran modal token atau menjalankan aktiviti terkawal berkaitan produk pasaran modal token.
"Produk pasaran modal yang ditokenkan merujuk kepada representasi digital produk pasaran modal menggunakan teknologi lejar teragih (DLT) seperti saham token, bon token dan dana token," menurut SC dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya produk pasaran modal yang ditokenkan hendaklah dibezakan daripada token digital dan mata wang digital, yang telah tertakluk kepada rangka kerja sedia ada yang berasingan.
Rangka kerja yang dicadangkan ini bertujuan membolehkan penerokaan lebih luas DLT dalam pasaran modal, terutamanya kes penggunaan yang membolehkan aset boleh diprogram, pemilikan pecahan, peningkatan ketelusan dan kecekapan dalam penyimpanan rekod, sambil memastikan perlindungan pelabur, katanya.
"Kertas perundingan ini bertujuan menggalakkan perbincangan dan mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung keperluan seperti yang ditetapkan di bawah rangka kerja yang dicadangkan," menurut kenyataan itu.
SC berkata kertas perundingan berkenaan berhasrat mendapatkan maklum balas mengenai bidang utama termasuk kewajipan tambahan (termasuk keperluan pendedahan yang dipertingkatkan, kawalan tadbir urus dan keperluan rekod dan pendaftaran), pengurusan risiko teknologi serta keperluan tambahan untuk individu berlesen yang berurusan dalam produk pasaran modal token.
Walaupun produk pasaran modal token memanfaatkan DLT, katanya produk ini dianggap sama seperti produk pasaran modal konvensional di bawah peraturan sedia ada.
Sehubungan itu, rangka kerja yang dicadangkan itu bertujuan untuk dibaca bersama-sama dengan undang-undang dan garis panduan sekuriti sedia ada untuk memastikan ketekalan pengawalseliaan, katanya.
SC mengalu-alukan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk bakal pengeluar, pengantara berlesen, penyedia perkhidmatan teknologi, pelabur institusi, profesional perundangan dan pematuhan, dan persatuan industri untuk memastikan proses perundingan yang membina.
Badan kawal selia itu turut menggalakkan peserta pasaran modal yang berminat untuk menawarkan dan/atau berurusan dalam produk token untuk berunding dan membincangkan rancangan mereka dengan SC.
Tempoh perundingan awam adalah dari 6 Mei hingga 16 Jun 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perundingan awam
#pasaran modal
#modal token
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami