awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
Agenda Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional penjenamaan semula UMNO, BN
Doktor didakwa bunuh isteri, anak di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1MDB bernilai AS$3.9 bln

Bernama
Bernama
18/03/2021
09:02 MYT
SC selesaikan siasatan ke atas Goldman Sachs, terima penyelesaian 1MDB bernilai AS$3.9 bln
Persetujuan penyelesaian termasuk antara lain, GSG membuat pembayaran tunai sebanyak AS$2.5 bilion dan memberi jaminan pemulihan aset berjumlah AS$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam sama untuk menipu kerajaan Malaysia (GOM) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui penerbitan tiga bon.
Ketiga-tiga penerbitan bon tersebut adalah Nota Jaminan 5.99 peratus berjumlah AS$1.75 bilion yang tamat tempoh pada 2022 yang diterbitkan oleh 1MDB Energy Ltd; Nota Jaminan 5.75 peratus berjumlah AS$1.75 bilion yang tamat tempoh pada 2022 yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd; dan Nota 4.40 peratus berjumlah AS$3 bilion yang tamat tempoh pada 2023 yang diterbitkan oleh 1MDB Global Investments Ltd.
"Berikutan pengakuan bersalah Tim Leissner pada 28 Ogos 2018 kerana bersubahat untuk melakukan pengubahan wang haram dan bertujuan melanggar US District Foreign Corrupt Practices Act dengan membayar rasuah kepada sebilangan pegawai serta mengelak kawalan perakaunan dalaman entiti Goldman Sachs Group (GSG) di hadapan Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Daerah Timur New York, Goldman Sachs Malaysia Sdn Bhd juga disoal siasat oleh SC.
"Ini kerana Tim Leissner merupakan seorang ahli lembaga pengarah ketika itu. Oleh kerana siasatan SC menjadi sebahagian daripada rundingan penyelesaian GOM bersama GSG, pasukan SC memberikan input dan sokongan kepada Peguam Negara sepanjang rundingan tersebut yang membawa kepada penyelesaian dengan GSG sebanyak AS$3.9 bilion," SC berkata di dalam Laporan Tahunan Sekuriti Malaysia 2020 dikeluarkan hari ini.
Persetujuan penyelesaian termasuk antara lain, GSG membuat pembayaran tunai sebanyak AS$2.5 bilion dan memberi jaminan pemulihan aset berjumlah AS$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#SC
#1MDB
#Goldman Sachs
#penipuan
#Peguam Negara
#Malaysia
#1Malaysia Development Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan