KUANTAN: Gara-gara terlalu percaya tawaran kerja sambilan dengan komisen tinggi bagi setiap jualan barangan, empat pelajar berputih mata apabila kerugian RM26,557 selepas menjadi mangsa penipuan.
Mangsa berusia antara 20 hingga 28 tahun tampil membuat laporan secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Temerloh, Bentong dan Rompin.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Deputi Superintendan Yap Huat Tian berkata, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa menerima tawaran kerja sambilan yang diiklankan melalui laman sosial Facebook, aplikasi WhatsApps dan Instagram.
"Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.
"Pulangan lumayan itu telah menarik minat untuk kesemua mangsa menyertainya dan mangsa diminta untuk membuat pembayaran bagi pembelian barangan melaluinya sindiket terbabit," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.
Huat Tian menjelaskan pihak sindiket telah membuat bayaran pertama dan kedua selepas mangsa selesai membuat jualan.
Tambahnya, tindakan itu dibuat bagi menyakinkan mangsa bahawa keuntungan lumayan sekiranya mereka membeli lebih banyak barangan.
"Kesemua mangsa kemudian membuat tugasan ketiga dan seterusnya, namun mangsa dikatakan tidak terima sebarang bayaran.
"Malah, pihak sindiket memberi pelbagai alasan ketika mangsa menuntut wang keuntungan mereka," katanya.
Beliau berkata, sindiket terbabit mahu mangsa meneruskan tugasan itu dengan mengarahkan mereka membeli barangan lain dan membuat bayaran melalui akaun bank atas nama individu berbeza untuk mendapatkan bayaran keuntungan seterusnya.
Bagaimanapun, mangsa mula curiga apabila terus didesak membeli barangan yang dijual dengan harga semakin tinggi sehingga mereka tidak mampu untuk meneruskan tugasan itu.
"Mangsa menyedari telah ditipu apabila panggilan telefon telah disekat sebelum tampil membuat laporan polis," katanya.
Sehubungan itu, Huat Tian menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan iklan tawaran kerja dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan.
"Bagi mengelak ditipu, orang ramai perlu membuat semakan terhadap akaun yang digunakan secara dalam talian melalui portal Mule CCID bagi mengelak menjadi mangsa," katanya lagi
Mohd Zalani Md Atan
Thu May 12 2022
Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.- Gambar hiasan
Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Singapura akan bekerjasama rapat dengan Malaysia sokong Kepengerusian ASEAN 2025
Singapura bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun depan.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa
Kementerian Pendidikan (KPM) terus menumpukan usaha melatih guru yang belum menguasai sepenuhnya penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dari semasa ke semasa.
Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia
Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih, semalam.
AWANI Ringkas: Program Geran Kreatif KL 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/05/2024] – Kalau Ada Laporan, Ada Siasatan | Sudah Teliti Dan Periksa | Pelaburan Strategi Semikonduktor | 16 Peratus Daripada Baki Litupan Hutan
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
AWANI Ringkas: Industri semikonduktor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jepun: Lelaki ditahan kerana cipta perisian hasad guna AI generatif
Polis Tokyo telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana didakwa mencipta perisian hasad menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) generatif yang tersedia dalam talian secara percuma.
Ekonomi Islam global berpotensi raih pertumbuhan besar - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata industri halal misalnya terbukti menjadi salah satu sektor paling kompetitif dan pantas di dunia.
Scam tawaran kerja sambilan: Empat pelajar rugi RM26,557
Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.