awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Scammer' guna media sosial iklan lesen memandu murah, mudah - JPJ

Bernama
Bernama
23/11/2023
07:25 MYT
'Scammer' guna media sosial iklan lesen memandu murah, mudah - JPJ
JPJ bekerjasama dengan PDRM dan MCMC untuk mengesan pemilik akaun di media sosial yang menawarkan dan menjalankan penipuan tersebut, bagi tindakan lanjut. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan kegiatan sindiket penipuan di media sosial termasuk Facebook dan Telegram yang menjanjikan pengeluaran lesen memandu tidak mengikut syarat ditetapkan serta tidak sah di sisi undang-undang.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha berkata terdapat beberapa modus operandi digunakan sindiket itu yang menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan iklan dengan pelbagai kaedah pujukan.
"(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan lesen tanpa ujian dan boleh didapati dalam tempoh singkat, murah, mudah dan sukar dikesan pihak berkuasa.
"Orang ramai diminta berhati-hati dengan sindiket penipuan pengeluaran lesen memandu secara tidak sah ini yang menggunakan pelbagai kaedah komunikasi bagi mempengaruhi pemikiran mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rospiagos berkata memiliki lesen tidak sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 108 Akta 333 dan memandu tanpa lesen yang sah bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga terdedah kepada risiko kemalangan yang membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
Beliau berkata JPJ bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengesan pemilik akaun di media sosial yang menawarkan dan menjalankan penipuan tersebut, bagi tindakan lanjut.
"Orang ramai diseru memberikan maklumat atau menyalurkan aduan sekiranya terdapat sindiket di media sosial yang cuba menawarkan promosi pengeluaran lesen secara mudah dan murah tetapi tidak mengikut syarat ditetapkan," katanya.
Beliau berkata bagi mereka yang berhasrat mendapatkan lesen memandu secara sah boleh menghubungi Institut Memandu (IM) berhampiran yang berdaftar dengan JPJ kerana lesen memandu yang adalah mengikut tatacara dan prosedur latihan serta ujian memandu kompeten ditetapkan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini mengenai penipuan di Malaysia di sini
Topic Berkaitan
#lesen terbang
#lubuk scammer
#JPJ
#lesen memandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan