awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Scammer' menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan, tipu mangsa hampir RM1 juta

Bernama
Bernama
21/12/2023
10:13 MYT
'Scammer' menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan, tipu mangsa hampir RM1 juta
Ramli berkata mangsa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai NSRC mendakwa NSRC akan membatalkan nombor telefon. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menerima 24 laporan berhubung kes penyamaran sebagai pegawai daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melibatkan nilai kerugian berjumlah RM729,995.20 bagi tempoh Januari hingga pertengahan bulan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai NSRC mendakwa NSRC akan membatalkan nombor telefon mangsa kerana terdapat aduan kononnya ia menghantar pautan haram serta mesej penipuan.
Beliau berkata bagi tujuan siasatan, panggilan kemudian disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis dan mangsa akan diarahkan mengikut segala arahan diberikan sehingga melakukan pindahan wang ke akaun diberikan.
"NSRC adalah pusat panggilan yang hanya menerima panggilan daripada orang ramai. Ia berbentuk komunikasi satu hala sahaja. NSRC tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu.
"Justeru, sebarang panggilan mengaku daripada pihak NSRC adalah satu penipuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata bagi mengoptimumkan usaha pembanterasan serta pencegahan jenayah penipuan dalam talian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa mangsa yang terlibat untuk segera menghubungi NSRC di talian 997 untuk melaporkan insiden berlaku.
"Sebaiknya, panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang untuk membuat sekatan terhadap wang yang dipindahkan lebih tinggi.
"Pada masa sama, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik dan jangan mudah percaya dengan apa jua dakwaan diterima melalui panggilan daripada individu tidak dikenali. Lakukan semakan dengan agensi berkaitan bagi memastikan kesahihan dakwaan itu," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini mengenai penipuan di Malaysia di sini
Topic Berkaitan
#lubuk scam
#Pusat Respons Scam Kebangsaan
#NSRC
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan