awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian Jalan Chikus di Langkap putus akibat banjir

Bernama
Bernama
05/01/2021
04:38 MYT
Sebahagian Jalan Chikus di Langkap putus akibat banjir
Jambatan dari Attaduri ke Chikus di Sungai Manik yang runtuh terpaksa ditutup untuk keselamatan pengguna jalan raya. - Foto APM
IPOH:Jalan Chikus di Langkap, Teluk Intan dekat Tanah Perkuburan Attaduri terpaksa ditutup sepenuhnya sejak semalam selepas separuh daripada laluan itu putus akibat banjir yang melanda daerah Hilir Perak sejak Ahad lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata panjang laluan yang putus dalam insiden kira-kira pukul 10 pagi semalam adalah 100 meter.
"Menurut Jabatan Kerja Raya Seksyen Langkap, jalan itu terputus akibat limpahan air Sungai Batang Padang berikutan banjir yang melanda," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Zolkafly berkata papan tanda amaran telah dipasang di kawasan terlibat dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Chikus
#banjir
#putus
#jambatan
#Sungai Batang Padang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan