KUALA LUMPUR: Kenanga Research menjangkakan sebahagian kumpulan M40 mungkin tidak akan menerima bahan api bersubsidi selepas pengenalan sistem subsidi bersasar dan sekali gus mengurangkan kuasa membeli mereka.
Firma penyelidikan itu berkata, subsidi bahan api yang disasarkan semasa pembentangan Bajet 2024 di Parlimen pada 13 Oktober ini dijangka akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2024.
Katanya, peralihan ini didorong oleh beban kewangan yang tidak mampan dalam persediaan sedia ada, dengan sejumlah 35% daripada subsidi RM77.3 bilion pada 2022 telah digunakan untuk subsidi bahan api yang banyak memanfaatkan kumpulan T20 yang lebih kaya.
"Dengan memanfaatkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kerajaan berhasrat untuk mengenal pasti penerima menggunakan kriteria “pendapatan boleh guna bersih”, yang bertujuan mengecualikan sebahagian besar demografi T20.
"Kami percaya sebahagian daripada kumpulan M40 juga mungkin tersisih, menyebabkan kuasa perbelanjaan kumpulan pengguna ini berkurangan. Oleh itu, kami berhati-hati terhadap peruncit pasaran pertengahan.
"Bagaimanapun, kami kekal positif terhadap pemain industri barangan ruji pengguna kerana pelanggan sasaran mereka, iaitu kumpulan B40 akan terus menikmati bahan api bersubsidi sepenuhnya dan kuasa membeli mereka tidak terjejas," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Kenanga Research berkata, walaupun berlaku kelembapan, ekonomi yang stabil dan pasaran pekerjaan yang rancak dilihat terus menyokong perbelanjaan pengguna.
Katanya, kategori berpendapatan atas dijangka mengekalkan kedudukan kewangan yang stabil manakala kumpulan berpendapatan sederhana mungkin menghadapi pengurangan pendapatan boleh guna disebabkan subsidi bahan api yang disasarkan akan berlaku.
"Kumpulan berpendapatan rendah masih akan menikmati bahan api bersubsidi sepenuhnya dan oleh itu tiada hakisan kepada kuasa perbelanjaan kumpulan itu.
"Selain itu, kumpulan itu akan terus menerima bantuan kewangan daripada kerajaan termasuk pemberian wang tunai," katanya.
Firma penyelidikan itu menyemak turun penarafan sektor pengguna kepada 'neutral' daripada 'overweight'. - DagangNews
Dagang News
Wed Sep 27 2023
Subsidi bahan api yang disasarkan semasa pembentangan Bajet 2024 di Parlimen pada 13 Oktober ini dijangka akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2024. - Gambar hiasan
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
KPKM giat kenal pasti golongan terlibat subsidi bersasar
Penelitian secara terperinci perlu dilaksana bagi memastikan subsidi disalurkan kepada golongan sasar yang selayaknya.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
[KOLUMNIS] Menanti kepintaran data PADU dalam perasionalan subsidi
PADU bukanlah suatu sistem yang sempurna, tetapi ia adalah permulaan yang hebat.
Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul
Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.
Pastikan persaingan saksama sebelum apung harga petrol - Pengarah MINDA-UKM
Kerajaan perlu memastikan persekitaran persaingan adalah saksama terlebih dahulu sebelum mengapungkan harga petrol.