awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian mangsa nahas helikopter Cameron Highlands berjaya dibawa turun

Sinar Harian
Sinar Harian
26/10/2022
11:40 MYT
Sebahagian mangsa nahas helikopter Cameron Highlands berjaya dibawa turun
Semua mangsa yang diselamatkan kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom bagi mendapatkan rawatan lanjut. - Gambar/ Sinar Harian
CAMERON HIGHLANDS: Tiga mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi nahas helikopter terhempas kawasan hutan berhampiran Brinchang, di sini pada petang Rabu.
Mangsa pertama yang dipercayai juruterbang helikopter dibawa keluar kira-kira jam 5.30 petang diikuti mangsa kedua seorang wanita merupakan doktor perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, kira-kira jam 6.16 petang.
Kira-kira jam 6.34 petang, mangsa ketiga seorang lelaki dipapah keluar oleh anggota penyelamat bagi mendapatkan rawatan awal di kebun sayur berhampiran.
Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.
BACA: Helikopter terhempas di Cameron Highlands, semua mangsa ditemui selamat
Sebuah helikopter dikhuatiri terhempas di Cameron Highlands
Beberapa mangsa lain sedang dibawa keluar dari kawasan nahas oleh pasukan penyelamat.
Dalam kejadian tengah hari tadi sebuah helikopter dinaiki enam kru termasuk seorang juruterbang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta.
Dalam kenyataan awal, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, semua mangsa ditemui selepas lokasi helikopter itu berjaya dikenal pasti berhampiran Big Red Brinchang, kira-kira jam 3.51 petang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Cameron Highlands
#senarai mangsa
#status mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan