awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian senarai pengimport daging berlesen akan dikeluarkan hari ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/01/2021
01:28 MYT
Sebahagian senarai pengimport daging berlesen akan dikeluarkan hari ini
Zulkifli berkata, senarai penuh pengimport daging akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Sebahagian daripada senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini akan didedahkan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia adalah bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu makanan halal.
"InsyaAllah, kalau nak dedahkan, kami boleh dedahkan hari ini mengikut ruang lingkup halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Sekiranya ia berkait dengan kementerian lain, kita akan minta izin, sebab orang awam ingin mengetahui juga," katanya selepas majlis pelepasan misi bantuan banjir, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di perkarangan Kompleks Islam, di sini, hari ini.
Menerusi Program Inspirasi Qaseh Kami - Misi Bantuan Program Musaadah 2021 itu, 1,000 keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini menerima sumbangan berupa makanan asas.
Ditanya bilakah senarai penuh akan didedahkan, Zulkifli memberitahu, ia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Beliau turut memaklumkan bahawa Jakim telah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta pengimport dan pengedar daging pada 5 dan 11 Januari lalu bagi membincangkan beberapa isu berkaitan.
BACA: Kartel daging: 3 Penolong Pegawai Penguatkuasa MAQIS Johor direman
BACA: Kartel daging haram: Kerajaan teliti SOP pensijilan halal minggu ini - Zulkifli
BACA: Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini
Sebelum ini, media melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia.
Topic Berkaitan
#Putrajaya
#JAKIM
#ekonomi
#banjir
#Halal
#Islam
#pengimport
#daging
#kartel daging
#berlesen
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#kebimbangan
#Daging sejuk beku
#luar negara
#seludup
#mesyuarat
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#kastam
#haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan