Sebanyak 94 kilogram sampah berjaya dikutip di pesisir pantai Pulau Manukan sempena Program Pembersihan Pantai bersempena Hari Pembersihan Pesisir Pantai Antarabangsa 2019 pada Sabtu.
Pengurus Taman-Taman Tunku Abdul Rahman Anthony Tinggi berkata daripada jumlah itu, empat kilogram sampah di kutip di darat sekitar pulau itu.
"Dalam tempoh sejam, sampah botol plastik berjaya dikutip seberat 53 kilogram diikuti plastik (13kg); kain (11kg); tin (tujuh kg); kaca (enam kg) dan pelbagai jenis sampah (empat kg).
"Hari ini penyelam yang melakukan selaman adalah kelab selam skuba "Sparks Divers Club' iaitu staff daripada Taman-Taman Sabah (TTS) seramai 22 orang," katanya kepada pemberita selepas program berkenaan yang turut melibatkan lapan pelajar sukarelawan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Anthony berkata pihaknya amat mengalu-alukan penyelam lain agar dapat bersama-sama menyertai program seumpama itu di masa akan datang.
Program itu diadakan sempena sambutan Hari Pembersihan Pesisir Pantai Antarabangsa pada setiap 21 September melibatkan sukarelawan mengutip dan mendokumentasikan sampah yang dibuang di persisiran pantai.
Sementara itu, Ketua Penyelam Muhamad Enuz Syafiq Sekui Abdullah, 40, berkata mereka menyelam pada kedalaman 10 meter untuk mengutip sampah terutamanya yang tersekat pada terumbu karang.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun menyelam berkata jika sampah itu tidak dikutip dikhuatiri akan menjejaskan tumbesaran terumbu karang di kawasan berkenaan.
"Ada sampah yang jelas kelihatan tetapi ada tertimbus dengan pasir dan menutupi terumbu karang," katanya sambil menjelaskan setiap sampah itu akan direkodkan data menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai "clean swell".
Seorang sukarelawan pelajar UMS Nur Efah Arsin, 23, yang pertama kali menyertai program itu berkata kesedaran dalam komuniti perlu ditingkatkan lagi khususnya mengenai kesan plastik kepada hidupan marin.
Pelajar Ijazah Sarjana Sains Aquakultur itu berkata penggunaan plastik perlu dikurangkan bagi mengurangkan kejadian pembuangan plastik ke dalam laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019
Jika sampah tidak dikutip dikhuatiri akan menjejaskan tumbesaran terumbu karang di sekitar Pulau Manukan. - Facebook @1sabah
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Sebanyak 94 kilogram sampah dikutip di Pulau Manukan
Dalam tempoh sejam, sampah botol plastik berjaya dikutip seberat 53 kilogram.