awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebuah akhbar tempatan Sabah rancang henti operasi akhir bulan ini

Bernama
Bernama
08/12/2020
20:33 MYT
Sebuah akhbar tempatan Sabah rancang henti operasi akhir bulan ini
Pengurusan New Sabah Times akan mengadakan perbincangan dengan semua petugas syarikat pada hari Khamis ini.
KOTA KINABALU:New Sabah Times, antara penerbit surat khabar tempatan tertua di negeri ini sejak 1949, dijangka menghentikan operasinya pada akhir bulan ini.
Pengarah Urusannya Felix Gusti yang mengesahkan rancangan itu berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan semua petugas syarikat pada hari Khamis ini, dan satu kenyataan rasmi syarikat akan menyusul kemudiannya.
Beliau menjelaskan kekurangan jualan akhbar dan pendapatan daripada pengiklanan sebagai antara sebab syarikat mengambil langkah berkenaan.
Sementara itu seorang petugas syarikat akhbar itu ketika dihubungi berkata pihak pengurusan syarikat sedang mengadakan perbincangan dengan petugas yang terkesan dengan langkah berkenaan.
"Pihak pengurusan telah memberi jaminan kebajikan petugas akan dijaga walau apa langkah diambil syarikat. Ada juga cadangan penutupan hanya melibatkan penerbitan akhbar dan fokus kepada dalam talian," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#New Sabah Times
#surat khabar
#Felix Gusti
#pengiklanan
#henti operasi
#iklan
#kebajikan
#petugas
#dalam talian
#perbincangan
#jualan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan