awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Secret Recipe peroleh pensijilan halal semula

Bernama
Bernama
02/07/2015
10:53 MYT
Secret Recipe peroleh pensijilan halal semula
Sijil daripada Jakim mengesahkan syarikat itu mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal. -Gambar fail
Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen di Taman Mayang dan kilang baharunya di Kota Damansara.
Sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan syarikat itu mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.
"Kami memberi jaminan bahawa keselamatan makanan dan kawalan kualiti menjadi keutamaan kami berikutan kami telah melalui proses dan standard yang ketat untuk mengekalkan pensijilan kami sejak 15 tahun lalu dan kami akan terus mendukung janji kami kepada para pelanggan," menurut Secret Recipe dalam kenyataan di sini hari ini.
BACA: Sijil halal: Pengubahsuaian kilang utama sedang dijalankan - Secret Recipe
Pensijilan halal Secret Recipe ditarik balik oleh Jakim pada 7 Mei disebabkan 'pelanggaran serius' melibatkan kebersihan dan amalan pengilangan.
BACA: Jakim tarik balik sijil halal Secret Recipe
Syarikat itu telah dipanggil oleh Jakim, dan ia berjanji akan mengambil tindakan segera berhubung perkara itu dan mematuhi standard halal.
Secret Recipe berkata kumpulan yang terdiri daripada pegawai Pematuhan Halal serta Jaminan Kualiti dan Kebersihan yang berkelayakan dilantik untuk memastikan semua sumber bahan-bahan, penyediaan dan proses mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.
Ini termasuk mematuhi amalan pengilangan yang baik serta garis panduan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal, katanya.
Topic Berkaitan
#Halal
#JAKIM
#Secret Recipe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan