awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SEDA Malaysia perlu fokus kepada pelaksanaan kerja berkualiti untuk rakyat - Fadillah

Bernama
Bernama
12/01/2024
04:43 MYT
SEDA Malaysia perlu fokus kepada pelaksanaan kerja berkualiti untuk rakyat - Fadillah
Fadillah yakin dengan kerjasama dan hubungan yang akrab antara agensi dan kementerian dalam menjalankan inisiatif serta program yang dapat menyumbang kepada kelestarian dan kemampanan ekonomi negara.- Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mahu warga Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia terus fokus kepada pelaksanaan kerja yang cekap dan berkualiti untuk memastikan perkhidmatan yang memuaskan dapat disalurkan kepada rakyat.
Perkara itu dinyatakan oleh Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dalam lawatan ke pejabat SEDA Malaysia di Putrajaya semalam.
Menurut SEDA Malaysia dalam kenyataan, Fadillah turut yakin dengan kerjasama dan hubungan yang akrab antara agensi dan kementerian dalam menjalankan inisiatif serta program yang dapat menyumbang kepada kelestarian dan kemampanan ekonomi negara.
"Sebagai antara agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA), SEDA Malaysia komited untuk menyokong kepimpinan Fadillah dalam memastikan negara mencapai aspirasi negara neutral karbon pada 2050," katanya.
Dalam lawatan itu, Fadillah disambut Pengerusi SEDA Malaysia Ahmad Zairin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Hamzah Hussin serta anggota pihak berkuasa dan pengurusan SEDA Malaysia.
Turut diadakan satu taklimat ringkas untuk memperkenalkan SEDA Malaysia dan fungsi-fungsinya dalam menerajui industri tenaga lestari negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SEDA
#Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari
#Fadillah Yusof
#Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan