SHAH ALAM: Negara sudah bersedia untuk membuka semula sesi persekolahan terutama di negeri atau daerah yang sudah mencapai imuniti kelompok.
Menurut pakar pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran, sudah tiba masa untuk membuka semula sesi persekolahan jika lingkungan sosial sudah divaksin lengkap.
Jelas beliau, lingkungan itu meliputi keluarga pelajar, warga sekolah seperti guru, kerani, pekerja kantin dan pemandu bas sekolah.
“Kalau kita hendak tunggu pelajar untuk dapat dos vaksin, saya rasa ia akan makan masa yang agak panjang.
“Menteri kesihatan turut menyarankan perkara yang sama bagi persediaan pembukaan sesi persekolahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Hasnah berpandangan, ibu bapa perlu memastikan sekolah bersedia untuk menjalankan sesi persekolahan secara bersemuka iaitu memastikan anak-anak mereka tidak terdedah kepada COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Hasnah juga berharap agar sesi persekolahan secara bersemuka dapat dijalankan pada kadar segera.
Jelasnya, kelewatan berbuat demikian dikhuatiri bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pendidikan pelajar, malah akan mengganggu situasi sosial mereka.
“Saya bukan sahaja bimbang mereka tidak kenal A,B,C, atau 1, 2, 3, saya juga bimbang situasi sosial mereka.
“Mereka perlu bergaul bersama rakan. Apabila terkurung, takut ia mengganggu mental mereka pula,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 11 2021
Hasnah (gambar kecil) berkata, kelewatan membuka sekolah secara bersemuka dikhuatiri memberi kesan negatif kepada pendidikan pelajar dan mengganggu situasi sosial mereka. - Foto Sinar Harian
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Buka sekolah: Filipina mula beri vaksin COVID-19 kepada remaja 12-17 tahun
Kerajaan merancang untuk membuka semula persekolahan secara bersemuka di 120 sekolah pada bulan depan.
94,000 pelajar mulakan sesi persekolahan bersemuka hari ini
Pembukaan hari ini membabitkan pelajar Tingkatan Enam Semester Dua, kelas peperiksaan antarabangsa, MBK dan PPKI yang hadir tanpa penggiliran mengikut ketetapan Fasa Dua.
Sesi persekolahan bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi
Di Terengganu dan Langkawi, pembukaan sekolah melibatkan masing-masing 35,438 dan 2,159 pelajar dan murid.
Sedia buka sekolah apabila capai imuniti kelompok
Dr Hasnah Toran berkata, sudah tiba masa untuk membuka semula sesi persekolahan jika lingkungan sosial sudah divaksin lengkap.
PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia akan berterusan hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.
Perincian tarikh pembukaan sekolah dibincangkan esok
Dr Noor Hisham akan bermesyuarat dengan Kementerian Pelajaran pada Selasa bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk pelaksanaannya.
Jerebu: Semua sekolah serta IPT di Pontian, Muar dan Tangkak dibuka esok
Semua sekolah, tadika dan IPT yang ditutup ekoran bacaan IPU melebihi 200 di Pontian, Muar dan Tangkak akan dibuka semula esok.