awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
05/10/2024
07:45 MYT
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mencuba simulator pada majlis pelancaran Inisiatif TVET HRD Corp-CENTEXS Commercial dan Hab Latihan dan Akademi Persijilan e-Sports di Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) Lundu hari ini. -Bernama
LUNDU: Generasi muda yang berpotensi dalam bidang e-sukan perlu diberikan ruang dan infrastruktur bersesuaian kerana industri ini berkembang pesat dan mampu memberikan pulangan yang lumayan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Generasi muda yang berpotensi dalam e-sukan perlu diberikan ruang dan infrastruktur yang sesuai kerana industri ini berkembang pesat dan mampu memberikan pulangan yang lumayan.
  • Latihan tidak hanya tertumpu kepada melahirkan atlet e-sukan, tetapi juga pencipta kandungan digital dan pembangun perisian.
  • Lebih 408,000 pelajar telah mendaftar dalam institusi TVET tahun ini, dengan kadar kebolehpasaran graduan mencapai 94.5 peratus di peringkat nasional.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
"Baru-baru ini, kita lihat pasukan Selangor Red Giants yang mewakili Malaysia dalam e-sukan telah bertanding di Riyadh (Arab Saudi) dan meraih tempat pertama.
"Saya harap kita mesti mampu melahirkan bakat tempatan dalam industri ini," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran inisiatif TVET HRD Corp-CENTEXS Commercial serta Hab Latihan dan Akademi Pensijilan e-sukan di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata lebih 408,000 pelajar telah mendaftar dalam pelbagai institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara tahun ini.
"Kejayaan TVET terbukti melalui kadar kebolehpasaran graduan yang kini mencapai 94.5 peratus di peringkat nasional. Ini bermakna daripada setiap 100 lepasan institusi TVET, 94 orang berjaya memperoleh pekerjaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#TVET
#e-sukan
#ruang dan infrastruktur sesuai
#pencipta kandungan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan