awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segera bina kolam bawah tanah, usah 'bazir' beri peruntukan mangsa banjir - Penganalisis

Khalis Khadir
Khalis Khadir
13/01/2025
14:30 MYT
Segera bina kolam bawah tanah, usah 'bazir' beri peruntukan mangsa banjir - Penganalisis
Mohd Fadhil tidak menafikan pembinaan kolam bawah tanah memerlukan kos tinggi namun ia bermanfaat untuk jangka masa panjang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kepesatan pembangunan tanpa pelan jangka panjang antara faktor utama banjir berlaku terutama di Johor.
Pengarah Pejabat Pelestarian Universiti Teknologi M, Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berpandangan, ia terbukti apabila banyak projek kediaman dibangunkan tanpa ada tambahan saliran atau kolam tadahan baharu.
“Sepatutnya bila ada pembinaan terutama kawasan kediaman, perlu ada laluan air yang baru atau kolam takungan baru, lebih bagus ia disalirkan bawah tanah.
“Kalau hanya harap saliran atau parit mungkin tidak mencukupi sebab kerana kita sudah ada kepadatan penduduk dan pembangunan tidak mesra sedia ada.
“Jadi ini menuntut kepada pembaharuan dalam bentuk perancangan teknikal dan kejuruteraan seperti dibangunkan di Jepun,” katanya semasa program Pantau Agenda Reformasi pada Isnin
Mohd Fadhil juga tidak menafikan pembinaan kolam bawah tanah memerlukan kos tinggi namun ia bermanfaat untuk jangka masa panjang.
Katanya, ini berdasarkan Jabatan Statistik Malaysia yang memaklumkan infrastruktur antara sektor paling terkesan dan kos pemulihannya menjangkau sekitar RM300 juta setiap tahun.
Rentetan itu, beliau berpendapat cadangan itu solusi terbaik memandangkan kerajaan juga banyak memperuntuk pelan tambahan kepada mangsa banjir yang kadangkala berlaku lebih daripada sekali dalam setahun.
Topic Berkaitan
#kolam bawah tanah
#mati lemas
#mangsa banjir
#kos tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan