awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan longgar: Selepas Tumblr, kini Twitter pula jadi 'lubuk' penagih seks?

Fareez Azman
Fareez Azman
21/03/2019
12:30 MYT
Sekatan longgar: Selepas Tumblr, kini Twitter pula jadi 'lubuk' penagih seks?
Pengguna juga didapati boleh mendapat akses mudah tanpa gangguan kepada kandungan lucah mengandungi video berdurasi pendek adegan ghairah. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Selepas aplikasi media sosial popular Tumblr mula mengharamkan kandungan lucah dikongsikan sejak 17 Disember lalu, kini aplikasi Twitter pula dilihat menjadi salah satu platform terbaharu bagi 'si penagih seks' untuk mendapat akses mudah melayari kandungan lucah.
Pencarian wartawan Astro AWANI (menerusi satu akaun baharu) mendapati, pencarian semudah dengan hanya meletakkan kategori, nama atau khidmat tertentu yang dicari.
Pengguna juga didapati boleh mendapat akses mudah tanpa gangguan kepada kandungan lucah mengandungi video berdurasi pendek adegan ghairah.
Malah lebih memeranjatkan, ada juga pengguna yang berani, berkongsi akaun peribadi, memuat naik gambar malah video "aksi mereka" sendiri.
Pengguna yang memaparkan beberapa adegan ghairah untuk tontonan umum
Pengguna yang memaparkan beberapa adegan ghairah untuk tontonan umum
Persoalannya, apa akan berlaku sekiranya platform ini disalah guna oleh kanak-kanak bawah umur?
Twitter sudah menjadi salah satu aplikasi popular yang sering digunakan masyarakat di negara ini untuk mendapatkan berita semasa dan pengkongsian pendapat penggunanya di seluruh dunia.
Dari sudut tapisan keselamatan, laman sosial ini dilihat lebih mesra pengguna dengan beberapa aspek keselamatan berbanding laman sosial lain.
Namun tanpa pemantauan, ianya dikhuatiri boleh mengakibatkan impak negatif dari pelbagai sudut terhadap masyarakat.
Terutamanya gejala sosial dan seks bebas yang semakin meruncing.
Lebih menjelekkan, ada juga pemilik akaun atau pengguna menawarkan khidmat seks menerusi platform ini.
Imej dan video pornografi ditunjukkan oleh pemilik akaun
Imej dan video pornografi ditunjukkan oleh pemilik akaun
Mengapa perkara ini berleluasa sehinggakan ia mampu memberi ancaman kepada masyarakat dan negara?
Menurut Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Profesor Datuk Dr. Mohamed Fadzil Che Din, apabila media sosial disalah guna oleh pihak tertentu dengan menyuntik kandungan pornografi untuk mendapatkan perhatian pengguna, ia sekaligus menjadi ancaman sosial kepada masyarakat dan negara.
"Ancaman sosial itu makin mudah, benda ini adalah ancaman dan ia berlaku semakin mudah jadi apa maknanya? Maknanya kita perlu kemahiran mengurus dan memantau perkara ini. Di mana platform media sosial ini perlu dimulakan dengan kesedaran penggunaan yang betul," ujarnya lagi.
Lebih malang jelasnya, platform yang memudahkan manusia berkomunikasi dan berkongsi itu dijadikan tempat memuaskan nafsu sesetengah penagih seks.
Malah ada yang tidak berselindung, sebaliknya berkongsi maklumat peribadi termasuk nombor telefon bimbit untuk bertemu dengan pengguna yang mempunyai keinginan sama sepertinya.
"Ia memberi impak kepada nilai masyarakat itu sendiri kerana kita tahu pornografi itu adalah impak tidak baik didalam masyarakat kalua gagal uruskannya dengan baik. Jika gagal mengurus isu ini, kesannya akan merebak kepada gejala lebih buruk," jelasnya.
Justeru tambah Mohamed Fadzil, pihak berkaitan perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan isu ini tidak tersebar luas kepada masyarakat.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#dedah
#gejala sosial
#Kanak-kanak
#keselamatan
#lucah
#Maknyah
#Malaysia
#Media
#media sosial
#nilai
#pornografi
#seks
#Seks Rambang
#Tumblr
#Twitter
#UPNM
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan