awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasihat berhati-hati - Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
27/11/2024
11:16 MYT
Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasihat berhati-hati - Mohamad Hasan
Mohamad turut menjelaskan ada menerima notis daripada AS untuk mengenakan sekatan kepada beberapa syarikat di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi peringatan kepada syarikat pengeluar tempatan supaya memastikan destinasi akhir barangan yang dieksport ke negara luar bagi mengelakkan terkesan dengan sekatan dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata walaupun Malaysia tidak menerima pakai sekatan unilateral dilakukan oleh AS terhadap Rusia yang tidak diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagaimanapun tidak mahu Malaysia terkesan jika tidak mematuhinya.
"Amerika ni kadang-kadang dia buat 'gila-gila' (tindakan semberono), seandainya mereka (AS) melaksanakan 'secondary sanction' (sekatan) terhadap Malaysia...ia akan menjadi lagi teruk.
"Kita tidak mahu ada tindakan berkenaan dari Amerika Syarikat iaitu 'secondary sanction' terhadap Malaysia...sebab kita akan berada dalam keadaan amat sukar ketika itu," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PN-Pulai) di Dewan Rakyat mengenai kesan penyertaan Malaysia dalam BRICS.
Mohamad turut menjelaskan ada menerima notis daripada AS untuk mengenakan sekatan kepada beberapa syarikat di negara ini dan menegaskan tiga daripada enam syarikat disenarai dalam notis itu bukan syarikat pengeluar sebaliknya syarikat perdagangan.
Tiga syarikat itu masih boleh dikenakan di bawah Akta Kastam 1967 kerana membuat pengisytiharan palsu berhubung barangan dan negara asal mereka, katanya.
Dalam pada itu, Mohamad memberitahu penyertaan Malaysia yang sudah diterima sebagai negara rakan BRICS tidak akan mengubah peranan negara dalam mana-mana gabungan antara-kerajaan di peringkat global.
"Ia akan menambah luas lagi peranan kita terutamanya dalam bidang ekonomi. Saya telah pun mengutus surat balas kepada rakan sejawat saya daripada Rusia selaku Pengerusi BRICS pada tahun ini dan kami amat gembira terhadap keputusan yang telah dibuat semasa summit BRICS di Kazan baru-baru ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekatan perdagangan
#Rusia
#Amerika Syarikat
#syarikat pengeluar Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan