NATIONAL
Sekolah di Muar ditutup sementara

Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A. Ghani telah mengarahkan kesemua 200 buah sekolah di daerah Muar ditutup sementara bermula sesi petang kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencecah 383 (pada jam 11 pagi).
Satu arahan telah dikeluarkan kepada sekolah untuk ditutup sekiranya bacaan melepasi aras 300.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang telah mencatatkan bacaan IPU yang tinggi pada jam 11 pagi termasuk Kota Tinggi (232), Pasir Gudang (199) dan Larkin Lama (181).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami