awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2021
01:09 MYT
Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup
Semua sekolah di tujuh daerah di Kelantan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup mulai Ahad hingga 24 April depan. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Semua sekolah di tujuh daerah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan ditutup mulai hari ini hingga 24 April susulan peningkatan kes COVID-19 yang dilaporkan di sekolah negeri ini.
Ia termasuk semua tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di daerah terbabit.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Zulkernai Fauzi, menerusi satu surat pekeliling yang dikeluarkan malam tadi memaklumkan, semua murid yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama.
"Hasil mesyuarat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Khas Kelantan petang semalam, mencadangkan menutup semua sekolah dibawah KPM di tujuh daerah yang dilaksanakan PKP.
"Sehubungan itu, KPM membuat ketetapan bahawa semua sekolah di tujuh daerah berkenaan ditutup mulai 18 hingga 24 April, namun pelajar asrama perlu kekal berada di asrama," katanya.
Katanya, semua sekolah yang ditutup perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Topic Berkaitan
#sekolah di kelantan tutup
#tadika ditutup
#pengajaran dan pembelajaran
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#PKP
#sekolah
#pendidikan
#Kementerian Pendidikan
#JPN
#Zulkernai Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan